Satu perkongsian tular di media sosial mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang individu meluahkan pengalaman hidup bersama seorang rakan serumah yang disifatkan sebagai cantik dari luaran tetapi sangat pengotor dalam kehidupan seharian.
Menurut pendedahan itu, rakan serumah berkenaan merupakan seorang wanita yang sentiasa tampil kemas, cantik dan berfesyen setiap kali keluar rumah, sehingga tiada siapa menyangka keadaan sebenar tabiat kebersihannya di dalam bilik sendiri.

Dakwa individu terbabit, rakan serumahnya sanggup membuang air kecil dan besar ke dalam bekas tertentu di dalam bilik walaupun tandas tersedia dan hanya terletak beberapa langkah dari katil. Keadaan itu dikatakan berlarutan sehingga menimbulkan bau yang sangat tidak menyenangkan.
Bukan itu sahaja, sisa makanan yang telah dimakan juga didakwa dibiarkan di dalam rak pakaian sehingga berkulat, selain tuala wanita ketika haid ditinggalkan merata-rata tanpa dibersihkan, sekali gus mengeluarkan bau darah yang kuat dan menjijikkan.

Lebih mengecewakan, individu yang berkongsi kisah itu mendakwa sudah beberapa kali menegur dan memarahi rakan serumahnya, namun sikap tersebut tetap tidak berubah.
Situasi itu menimbulkan persoalan sama ada tabiat berkenaan berpunca daripada masalah kesihatan mental, trauma, atau semata-mata sikap sambil lewa terhadap kebersihan diri.
Perkongsian tersebut turut mengundang reaksi pelbagai netizen yang rata-rata mengaku terkejut dan jijik, selain berkongsi pengalaman masing-masing berdepan rakan serumah atau ahli keluarga yang mempunyai tabiat kebersihan melampau.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
