Tular dua tiga hari ini mengenai ‘trend’ perniagaan ‘cedok-cedok’ di TikTok yang menjadi ikutan peniaga kecil dan juga selebriti tempatan.
Meskipun telah dikeluarkan fatwa mengenai hukum menjalankan perniagaan ‘cedok-cedok’ ini, namun masih ada yang mencuba-cuba membeli dan mendapatkan barangan ini secara nasib.
Seperti satu perkongsian individu ini di TikTok, wanita itu menjelaskan bahawa dia merupakan salah seorang pelanggan yang membeli barangan berkonsepkan ‘cedok-cedok’ itu.
Katanya, dia ada membeli sebanyak dua cedok dengan harga RM130 setelah melihat barangan peniaga tersebut yang seperti berkualiti dan mahal.
Waktu live memang best gila barang dia macam perfume, skincare. Waktu aku punya turn tu aku ingatkan dia akan cedok masa live tapi tak. Masa live tu barang dia memang best, sebab tu aku beli 2 cedok, tapi bila sampai barang macam haram jadah.
Namun, setelah sampai, barang-barang yang dipesan hanyalah sekadar indah khabar dari rupa selain ‘packaging’ barang yang entah apa-apa.
Berikutan itu, wanita berkenaan tampil memberi nasihat kepada mereka di luar sana agar tidak membeli barang ‘cedok-cedok’ kerana kebanyakannya tidak berkualiti dan boleh didapati di kedai dengan harga yang jauh lebih murah.
Wanita itu turut menuntut agar wangnya dikembalikan namun telah ditolak oleh peniaga tersebut.
Sebab itu ia diharamkan dalam Islam, benda jualan pun diragui dan tidak pasti!