‘Pacer’ Warga Emas Acara Keirin Pusingan Akhir Raih Perhatian Netizen

Trending

‘Pacer’ Warga Emas Acara Keirin Pusingan Akhir Raih Perhatian Netizen

Sebentar tadi, telah berlangsungnya acara keirin pusingan akhir sukan berbasikal di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan menyaksikan atlet kebanggaan negara iaitu Dato’ Azizulhasni Awang telah berjaya merangkul pingat perak dalam acara tersebut.

Kejayaan beliau dalam acara tersebut sekaligus menghadiahkan pungutan pingat yang kedua buat Malaysia selepas kejayaan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraih pungat gangsa dalam acara badminton sebelum ini.

Advertisement

Pingat emas telah dimenangi oleh pelumba dari Great Britain iaitu Jason Kenny apabila pecutan awal yang dilakukan oleh beliau telah berjaya ‘memerangkap’ semua pelumba lain yang ketinggalan agak jauh dibelakang.

3 years ago

Terima Kejutan Isteri Hamil, Tangisan Azizulhasni Bikin Sebak

Sementara itu, pelumba dari Belanda yang juga merupakan bekas juara dunia 2020 iaitu Harrie Lavreysen terpaksa akur dan berpuas hati meraih pingat gangsa apabila menamatkan saingan di tempat ketiga.

“Kenapa pacer acara keirin ini selalunya warga emas?” 

Lebih menjadi perhatian netizen ketika berlangsungnya acara keirin tersebut apabila seorang pengguna media sosial telah bertanya kepada pengulas sukan Astro Arena iaitu Tuan Haji Zainal Abidin Rawop mengenai pacer untuk acara tersebut.

Dia mempersoalkan mengapa selalunya pacer yang dipilih untuk acara itu adalah dalam kalangan warga emas. Soalannya itu telah menjadi topik perbualan netizen dia media sosial. Tetapi tahukah anda? Warga emas yang dipilih untuk menjadi pacer bagi pusingan akhir acara tersebut itu bukan orang biasa-biasa ya.

Sakamoto Tsutomu, bekas pemenang pingat Gangsa Olimpik Los Angeles 1984 acara Sprint Individu

Disebabkan ramai juga yang turut mempunyai persoalan yang sama, seorang individu bernama Hizandie Shuaib telah mengeluarkan sebuah perkongsian di laman Facebook mengenai pacer dalam acara keirin pusingan akhir tersebut.

Siapa sangka, warga emas yang sudah tular di media sosial itu merupakan seorang bekas olimpian kontinjen Jepun suatu ketika dahulu.

Warga emas bernama Sakamoto Tsutomo itu dipilih sebagai pacer untuk acara tersebut sebagai tanda penghargaan terhadapnya yang pernah mengharumkan nama Jepun pada temasya Sukan Olimpik 1984.

Pacer Warga Emas Acara Keirin Pusingan Akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020

Sakamoto Tsutomo ketika menjadi pacer acara keirin pusingan akhir – via Facebook

Pada ketika itu, beliau mewakili Jepun dalam acara sprint individu lelaki sukan berbasikal dan berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjennya.

Kesimpulannya, warga emas bernama Sakamoto Tsutomo ini bukan warga emas yang biasa-biasa ya, bekas ‘olimpian’ tu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...