Tular satu video memaparkan pelakon Pablo Amirul sedang memberi penjelasan kepada isterinya susulan dakwaan kononnya dia pernah mengunjungi sebuah kedai minuman yang sebelum ini viral kerana isu wanita berpakaian tidak sopan.
Rakaman siaran langsung (live) tersebut dimuat naik semula oleh seorang wargamaya yang meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir netizen yang didakwa bergurau melampau sehingga mencetuskan salah faham antara pasangan suami isteri itu.
Menjawab perkongsian berkenaan, Pablo memaklumkan dia sudah memaafkan individu yang memulakan gurauan itu, namun menegaskan perkara sedemikian tidak wajar dijadikan bahan jenaka.
Katanya, sebagai figura dikenali ramai, dia sentiasa menjaga reputasi serta kerjayanya dan menafikan pernah berada di lokasi seperti yang diperkatakan.
“Pablo maafkan siapa yang mulakan benda-benda macam ni, I. Dengan Kerjaya saya, memang tak akan ke tempat-tempat macam ini. “
“Pengajaran untuk semua orang bergurau macam ini… tak cool. Ambil masa berjam untuk buktikan. Kalau ada gambar atau video yang pernah berada di kawasan macam itu, Pablo cabar buktikan.”
“Saya orang yang dikenali, mustahil orang tak bergambar acara-acara macam itu atau ke tempat macam itu,” katanya.
Isu tersebut sekali lagi mengingatkan orang ramai tentang batas bergurau di media sosial, terutama apabila melibatkan reputasi dan hubungan rumah tangga individu lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
