Ozlynn Wati Selesai 100 Hari Berpantang & Sudah Kembali Bekerja

Hiburan

Ozlynn Wati Selesai 100 Hari Berpantang & Sudah Kembali Bekerja

Pelakon dan isteri kepada pelawak Johan, Ozlynn Wati telah berjaya menamatkan tempoh berpantang selama 100 hari selepas melahirkan anak keenamnya, Nur Latifah Cherdiq Hanania pada September lalu.

Ozlynn
2 years ago

"Ini Syurga Aku.." Ozlynn Miliki 'Bilik Rahsia' Di Rumah, Guna Untuk Bantu Golongan Memerlukan

Advertisement

Menurut Ozlynn, dia meluahkan rasa syukur kerana kesihatan dalamannya sudah kembali pulih dan boleh kembali bekerja mencari rezeki.

Pantang 100 hari selesai alhamdulillah, rasa happy gila. Ramai cakap aku dah start kerja, yes memang aku dah start kerja.

Perkara tersebut dikongsikan Ozlynn menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.

Tambah Ozlynn, dia kini sudah kembali bekerja kerana mempunyai tanggungjawab untuk keluar mencari rezeki bagi membantu suami dan keluarga.

Dalam pada itu, Ozlynn juga sempat memberi pesanan kepada kaum ibu diluar sana yang baru habis pantang supaya selalu memakai stoking, baju tebal-tebal dan baju sejuk kerana ia sangat penting.

Ozlynn

Menerusi perkongsian tersebut juga, Ozlynn turut dapat dilihat menjalani terapi sauna sebagai salah satu rawatan di dalam tempoh berpantangnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka apabila melihat Ozlynn mampu menjalani hari berpantang yang agak lama berbanding tempoh kebiasaan iaitu selama 44 hari.

Sekadar info, Cherdiq dilahirkan pada 3 September lalu dan ia sekaligus mengejutkan ramai peminat memandangkan Ozlynn tidak pernah berkongsi tentang kehamilan anak keenam itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...