Anak sulung kepada pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn Waty iaitu Ahmad Ariq Hanania baru-baru ini telah berangkat ke Ireland bagi memulakan pengajian dalam bidang perubatan di universiti di sana.
Selepas seminggu berpisah, Ozlynn meluahkan rasa rindu tidak terhingga kepada anaknya itu. Walaupun sering berbalas mesej dan melakukan panggilan video, ketiadaan anak sulungnya itu tetap dirasai.
View this post on Instagram
Tegas dalam mendidik anak-anak, keakraban keluarga ini sering menjadi perhatian netizen. Pasangan Johan dan Ozlynn dipuji sentiasa menunjukkan kasih sayang dengan anak-anak meskipun anak sudah menginjak usia dewasa.
View this post on Instagram
Apabila berjauhan, adik-adik pula menyakat si abang dengan menghantar foto makanan sedap yang mereka nikmati di rumah.
Sekarang ni adik-adik dia duk pedajai dia makan apa dekat sini semua hantar gambar dekat abang. Lepas tu video call sampai abang dia cakap malas nak jawab call korang dah.
Ozlynn yang sudah hampir sebulan berpantang melahirkan cahaya mata keenam berharap suatu hari nanti dia diberi peluang untuk melawat Ariq di universiti.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.