Beberapa pihak mengatakan bahawa Johan Raja Lawak dikongkong isterinya  dan segala tindak-tanduk ataupun keputusan yang hendak dibuat oleh Johan harus disaring oleh Ozlynn terlebih dahulu.
Namun, jelas Ozlynn beliau tidak pernah berniat untuk berbuat begitu dan hanya ingin membantu hala tuju kerjaya seni suaminya kerana beliau sudah terbabit dalam industri hiburan sejak 20 tahun yang lalu.
Bagi saya, tidak timbul soal saya mengongkong Johan kerana apa yang saya buat adalah untuk kebaikan Johan juga. Sudah 20 tahun saya dalam bidang ini. Sejak dari zaman saya sekolah lagi. Dah macam-macam yang saya ceburi bermula dengan bidang pengiklanan sehingga ke lakonan.
Sepanjang tempoh itu juga, dah banyak pengalaman yang saya lalui dan apa yang saya lalui dulu itulah yang saya jadikan panduan untuk membantu kerjaya seni Johan pula.
Ozlynn juga memberitahu beliau banyak membantu dan menasihati Johan dalam menerima tawaran kerja dan harus mengaturkan jadual dengan tepat supaya segala pekerjaan berjalan dengan lancar.
Seorang isteri tentu lebih tahu sikap suaminya lebih daripada orang lain, tidak salah untuk Ozlynn membantu Johan dalam kerjayanya. Mungkin dengan cara ini juga hubungan mereka akan lebih erat.