March 16th, 2015

Menjadi seorang selebriti apatah lagi seorang pelawak yang terkenal, pasti sahaja Johan Raja Lawak diminati ramai dan mereka akan merasa teruja jika dapat bertemu dengan artis pujaan mereka. Lumrah hidup sebagai seorang figura awam, kadang-kala isteri tercinta harus memahami  bahawa suaminya akan didekati peminat untuk bergambar.

Ozlyn isteri kepada Johan juga merupakan pengurus beliau sudah cukup memahami situasi tersebut dan ramah bersama peminat suaminya. Namun, sesetengah sikap peminat yang bersifat agak kurang sopan dan  merentap leher  Johan untuk bergambar membuatkan Ozlyn meluahkan sedikit teguran di akaun Instagram miliknya bersama suami.

Konon2 nk dating berdua… Tp mmg xleh dating… Sb ramai join dating sama ngan aku laki bini… Nk romen jek.. Baharom… Senah.. Tipah.. Samat.. Mikail.. Farah.. Dtg… Haaa…dorg ni sape.. Dtg watpe… Oooo… Peminat shuben aku… Lupa kdg shuben aku artis… Kena share dgn depa sume… Kdg ada yg takot2 nk tego.. Relax kami x makan org… Kdg ada yg over excited setgh jam gak nk tunggu dorg kuarkan camera… Tp ok lagi still menghormati.. Aku suke dorg ni..kdg siap ckp sory byk kali… Tp dlm seratos tu ada gak terselit yg kurang adabnya… Contoh org tgh makan ko trus rentap leher ajak bergambar yg mane kita pon x perasan dr nk senyum trus berubah rupa… Jgn la buat lagu tuh… Kami manusia biasa juga.. Ada hati n perasaan.

Aduhai, sabar je lah Ozlyn dan Johan nak buat macam mana lagi? Tidak salah pun untuk mereka marah apabila berdepan dengan peminat yang agak aggressive ni. Kalau anda sendiri mesti terkejut bukan tiba-tiba je perut rasa lapar hendak makan bersama yang tersayang ada individu merentap leher anda. Memang boleh bangkitkan kemarahan bukan? Kepada peminat Johan tu, relaks lah tak salah pun anda minta izin kan?

Sumber Berita: Instagram Johan & Ozlyn

 


Comments are closed.

Loading...