‘Owner’ Restoran Di Bukit Jelutong Dikecam Penduduk, ‘Sound’ Pelanggan Bagi Reviu – “Kurang Ajarnya Jawapan, Sejenis Tak Boleh Terima Teguran”

Kehidupan

‘Owner’ Restoran Di Bukit Jelutong  Dikecam Penduduk, ‘Sound’ Pelanggan Bagi Reviu – “Kurang Ajarnya Jawapan, Sejenis Tak Boleh Terima Teguran”

Sebuah restoran makanan di Bukit Jelutong menerima kritikan penduduk setempat selepas ramai menyedari cara mereka memberi maklum balas terhadap reviu pelanggan.

Menerusi ‘Bukit Jelutong Community’ di Facebook, seorang wanita telah berkongsi tangkap layar yang memaparkan komen daripada wakil dipercayai pemilik restoran tersebut.

Advertisement

Nasi hujan panas

Tak boleh terima reviu negatif

Berdasarkan hantaran tersebut, wanita bernama Nurul itu telah memberikan reviu dan pengalamannya dengan restoran terbabit.

Bagaimanapun, reviu negatif tersebut tidak diterima baik oleh pihak restoran yang bertindak membalas komennya dengan cara yang tidak profesional.

You ada masalah dengan based masam? Portion lauk sikit – you nak banyak, you beli lebih! You ingat semua kedai wajib ikut standard SOP perut you! Tak berbaloi tunggu lama? So jangan beli lagi ye! Nanti tersakit hati lagi.”

Reviu restoran

Ramai dah terkena juga

Ternyata rupanya ramai warga Bukit Jelutong yang lain pernah ‘terkena’ dengan restoran yang sama.

Menerusi ruangan komen, ramai yang berkata mereka juga pernah memberi reviu dan mendapat komen balas yang tidak profesional sebegitu.

Komen
Rata-ratanya bersetuju cara pihak restoran itu memberi komen balas tidak profesional dan ia membuatkan mereka tidak mahu lagi membeli daripada kedai makan terbabit.

restoran gas meletup
9 months ago

Melecur Muka & Tangan Sebab Gas Meletup Ketika Makan Di Restoran, 'Owner' Didakwa Tidak Prihatin? - "Langsung Tak Call"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...