“Over Sangat Ni..”- Kereta Axia Diubah Suai Gaya ‘Street’, Netizen Kata Macam Besi Buruk

Kehidupan

“Over Sangat Ni..”- Kereta Axia Diubah Suai Gaya ‘Street’, Netizen Kata Macam Besi Buruk

Perkongsian seorang pengguna media sosial Facebook di Page Malaysia Modders mengundang pelbagai reaksi apabila beberapa gambar dan juga video menunjukkan kereta model Perodua Axia telah diubah suai di bahagian luaran secara ‘melampau’.

Kereta tersebut telah ‘dihiasi’ dengan contengan vandalisme sehingga mencacatkan bahagian luaran kenderaan itu sehingga dianggap sebagai ‘besi buruk’ oleh sesetengah netizen.

Advertisement

Malah, dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, bahagian bahawa kenderaan tersebut turut bergesel dengan permukaan jalan sehingga mengeluarkan percikan api.

Sehubungan itu, ramai warga maya merasakan kereta tersebut bukan sahaja tidak cantik mahupun berseni tetapi menambah ‘sakit mata’ buat sesiapa sahaja yang melihatnya.

Syukurlah ada kereta untuk berlindung dari hujan dan panas Kenapa nak jahanamkan kereta macam ni? – netizen

Namun begitu, ada yang menyifatkan hiasan kenderaan berkenaan sebagai ‘art berat’ tapi lebih ramai yang merasakan modifikasi berlebihan atas sesebuah kereta itu boleh menyumbang kepada kecelakaan dan membahayakn pemandu dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Steering separuh
3 years ago

Jadi 'Trend', Pakar Perjelas 'Steering Separuh' Sebenarnya Bahaya Untuk Kenderaan Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...