“Over Sangat Kunyah Chewing Gum Tu” – Bront Palarae Mohon Maaf Berkelakuan Tidak Sopan Ketika ‘Catwalk’ Ariani

Hiburan

“Over Sangat Kunyah Chewing Gum Tu” – Bront Palarae Mohon Maaf Berkelakuan Tidak Sopan Ketika ‘Catwalk’ Ariani

Pelakon terkenal, Bront Palarae, tampil memohon maaf kepada pasukan Ariani susulan kontroversi penampilannya di pentas peragaan baru-baru ini yang mencetuskan kritikan warganet.

Menerusi satu komen di Threads, pihak Ariani memaklumkan bahawa Bront berasa gugup kerana ia merupakan pengalaman pertamanya berhadapan dengan orang ramai dalam suasana pertunjukan fesyen.

Advertisement

Menurut Ariani, pelakon itu mengambil gula-gula getah bagi mengurangkan rasa gementar dan masalah mulut kering, namun terlupa untuk membuangnya sebelum melangkah ke pentas peragaan.

“Abang Bront minta maaf banyak kali dengan team Ariani. Abang Bront sebenarnya nervous sebab pertama kali berhadapan dengan orang ramai, kemudian perlu buat catwalk,” jelas pihak Ariani.

“Dia ambil sekejap chewing gum untuk hilangkan rasa gementar dan kering mulut, kemudian terus masuk ke pentas dan terlupa untuk membuangnya,” tambah kenyataan itu.

Sebelum ini, penampilan Bront ketika memperagakan busana baju Melayu di Warna Lebaran Ariani Fashion Show 2026 menjadi perhatian apabila dia dilihat mengunyah gula-gula getah ketika berjalan di atas pentas.

Situasi tersebut mencetuskan reaksi pelbagai daripada warganet, dengan sebahagian meluahkan rasa kurang senang dan menganggap perbuatan itu tidak bersesuaian dengan suasana acara fesyen berkenaan.

Bagaimanapun, permohonan maaf Bront serta penjelasan daripada pihak Ariani dilihat meredakan keadaan dan mendapat respon lebih positif daripada netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bekas isteri ejai
2026-01-29 14:46:09

"Dia Bangga Dia Artis, Panggil Saya Janda Bod*h" - Bekas Isteri Vokalis Kumpulan Muzik Dakwa Didera Sepanjang Perkahwinan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...