“OU Atau 1U?”, Netizen Pening Kepala Berdebat Panggilan Sebenar Bangunan One Utama

Trending

“OU Atau 1U?”, Netizen Pening Kepala Berdebat Panggilan Sebenar Bangunan One Utama

Rakyat Malaysia sememangnya suka berdebat tentang macam-macam isu. Daripada hal politik sampai lah sekecil-kecil dan seremeh hal pun boleh jadi isu untuk berdebat. Kali ini pula, nama panggilan untuk bangunan One Utama pun boleh jadi isu juga.

Untuk yang tidak tahu, One Utama adalah pusat membeli belah terkenal di Bandar Utama, Petaling Jaya yang telah dibuka sejak tahun 1995 lagi.

Advertisement

“Debat yang tidak berkesudahan.”

meme kucing
Kalau anda pengguna tegar laman Twitter, pasti anda perasan sejak kebelakangan ini isu ini muncul di timeline anda. Untuk yang tak tahu, ada yang memanggil bangunan One Utama sebagai 1U dan ramai yang terkejut dengan fakta itu.

Yang biasa kita dengar, orang lebih banyak memanggil sebagai OU iaitu singkatan kepada One Utama.

one utama
Perkara ini juga telah mendapat perhatian daripada admin One Utama sendiri di mana mereka menjelaskan yang sebenarnya ianya dipanggil 1U seperti mana yang ada pada logo bangunan itu.

“Kami admin sangat hargai kalau korang panggil sebagai 1U macam dalam logo tu. Kenapa ada yang panggil OU ye?”

Tapi nampaknya kenyataan ini telah ditentang oleh netizen kerana menurut mereka generasi dahulu sudah lama memanggilnya sebagai OU dan bukannya 1U. Mungkin juga ini yang kita namakan sebagai perbezaan generasi dulu dan sekarang.

“Kami panggil OU sejak zaman 90-an lagi.”

“Admin tak selalunya betul”

“Ini mesti admin baru ni. Kitorang panggil OU sejak dibuka kot”

Dan nampaknya memang isu ini akan jadi debat tidak berkesudahan lagi. Ini mungkin kita kena kaji semula sejarah pembukaan One Utama macam mana. Tapi kalau nak diikutkan, maksudnya sama sahaja cuma beza gunakan huruf dan nombor sahaja.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...