Rakyat Malaysia sememangnya suka berdebat tentang macam-macam isu. Daripada hal politik sampai lah sekecil-kecil dan seremeh hal pun boleh jadi isu untuk berdebat. Kali ini pula, nama panggilan untuk bangunan One Utama pun boleh jadi isu juga.
Untuk yang tidak tahu, One Utama adalah pusat membeli belah terkenal di Bandar Utama, Petaling Jaya yang telah dibuka sejak tahun 1995 lagi.
“Debat yang tidak berkesudahan.”

Yang biasa kita dengar, orang lebih banyak memanggil sebagai OU iaitu singkatan kepada One Utama.

“Kami admin sangat hargai kalau korang panggil sebagai 1U macam dalam logo tu. Kenapa ada yang panggil OU ye?”
We the admins HIGHLY appreciate if everyone could just say “1 U” just like how our the 2 logos are displayed in the picture ? Also, why does everyone call it “OU”? Let’s end this debate once and for all ya ?? #1Utama #Its1U #NotOU #GetItRight #EndIt #GoodMeme https://t.co/o4It9c0752
— 1UtamaShoppingCentre (@1UtamaOfficial) October 23, 2019
Tapi nampaknya kenyataan ini telah ditentang oleh netizen kerana menurut mereka generasi dahulu sudah lama memanggilnya sebagai OU dan bukannya 1U. Mungkin juga ini yang kita namakan sebagai perbezaan generasi dulu dan sekarang.
“Kami panggil OU sejak zaman 90-an lagi.”
I guess the mall is probably older than you admins ? We’ve been calling it OU since the 90’s! #TeamOU But no worries we the OGs are okay with the new generations calling it “1U”.https://t.co/X3WhXRVUf8
— Rosman Nizar (@RosmanPositivo) October 23, 2019
“Admin tak selalunya betul”
OU always sounds better. Admins are not always right. Ciau ?
— ????? ???? (@khadijah_aziz) October 23, 2019
“Ini mesti admin baru ni. Kitorang panggil OU sejak dibuka kot”
You guys must be the new admins then. We’ve been calling it OU ever since it opened which was dinosaur years ago. Since Ikea and Twinkle are there. OU FTW! #teamou
— Anafi (@NabilahAnafi) October 23, 2019
Dan nampaknya memang isu ini akan jadi debat tidak berkesudahan lagi. Ini mungkin kita kena kaji semula sejarah pembukaan One Utama macam mana. Tapi kalau nak diikutkan, maksudnya sama sahaja cuma beza gunakan huruf dan nombor sahaja.
Sumber: Twitter