Otou Katayama: Kisah Suami ‘Membisu’ Dengan Isteri Selama 20 Tahun, Cemburu Beri Lebih Perhatian Pada Anak-Anak

Kehidupan

Otou Katayama: Kisah Suami ‘Membisu’ Dengan Isteri Selama 20 Tahun, Cemburu Beri Lebih Perhatian Pada Anak-Anak

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri. Biasalah kalau ada pertengkaran namun apa yang penting bagaimana kedua-duanya menyelesaikan apa jua masalah yang timbul.

Tetapi, sepasang suami isteri di Nara, Jepun ini sudah tidak bercakap mahu pun menegur sapa antara satu sama lain selama berpuluh tahun lamanya.

Advertisement

 

Suami bermasam muka, jealous dengan anak

Difahamkan, si suami, Otou Katayama bermasam muka dan hanya berkomunikasi menerusi isyarat bunyi dengan isterinya, Yumi.

Bagaimanapun, wanita itu tidak pernah pula meminta cerai sebaliknya hanya bersabar dengan kerenah suaminya selama 20 tahun.

merajuk dengan isteri

Terungkai semuanya apabila Otou sebenarnya mengakui mencemburui masa dan perhatian yang diberikan Yumi ketika membesarkan anak-anak mereka.

Otou merasakan dirinya tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya daripada Yumi dan sejak itu dia hanya menggunakan isyarat seperti mengangguk atau menggeleng untuk berkomunikasi.

 

Anak anak minta tolong stesen TV

Meskipun hubungan dingin sebegitu, pasangan tersebut dikurniakan anak ketiga namun Otou masih terus tidak mahu bercakap dengan Yumi sedangkan mereka masih tinggal sebumbung.

Walaupun isteri sudah berusaha untuk menambat hatinya semula, Otou tetap bermasam muka sehinggalah pada 2017  di mana semuanya berubah.

merajuk dengan suami

Anak-anak mereka yang kini sudah menginjak dewasa tidak sanggup melihat ibu dan bapa mereka sebegitu dan meminta bantuan syarikat televisyen untuk cuba taut kembali cinta pasangan itu.

 

Akhirnya minta maaf, menyesal

Kisah mereka pernah tular suatu ketika dahulu dan ketika penggambaran bertempat di Taman Nara itu (tempat mereka bertemu pertama kali), Otou akhirnya bersuara dan memohon maaf kepada Yumi.

Sudah sekian lama kita tidak bercakap. Awak sangat ambil berat tentang anak-anak. Awak telah alami banyak kesusahan, saya berterima kasih untuk segala-galanya.

merajuk dengan isteri

Lelaki itu akui menyesali perbuatannya terhadap si isteri dan berterima kasih kerana sabar serta bertahan dengannya selain tidak mengabaikan tanggungjawab.

11 months ago

"Gosok-Gosok Sikit, Peluk-Peluk Sikit.." - Neelofa Kongsi Tips Pujuk Suami, 'Confirm' Cair Macam Ais

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...