Al-Jazeera yang memaparkan video laporan kontroversi Locked Up In Malaysia Lockdown telah mendapat kecaman dan kritikan hebat terutamanya dari rakyat Malaysia dan juga pemimpin negara.
Al-Jazeera turut dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberi keterangan berkaitan video itu yang dikatakan banyak memaparkan fakta yang tidak tepat mengenai tindakan Malaysia terhadap pekerja asing tanpa izin ketika wabak COVID-19 teruk melanda negara.
Baru-baru ini pemilik laman Facebook Other Side of The Truth , Dustin Pfundheller telah mengeluarkan video yang memaparkan 15 perkara yang menurutnya salah mengenai laporan kontroversi Al-Jazeera itu.
Dustin yang merupakan pengamal perubatan sebelum ini dikenali di Malaysia dengan videonya How Malaysian Did The Impossible yang menceritakan usaha kerajaan Malaysia memerangi COVID-19.
Dalam video kali ini, dia tampil menjelaskan mengenai video yang diterbitkan oleh Al-Jazeera itu.
“Ianya sangat mengecewakan terlalu banyak kesilapan yang dilakukan dalam satu video oleh syarikat yang besar. Banyak perkara yang Malaysia sebagai negara lakukan untuk memerangi COVID-19 adalah salah menurut Al Jazeera.”
Menurut Dustin, Al-Jazeera dengan sengaja menulis jalan cerita mengikut pilihan mereka yang menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang teruk.
Laporan tersebut juga seperti tidak memahami isu dan usaha sebenar kerajaan Malaysia dalam memerangi COVID-19.
Dia turut mengkritik tindakan Al Jazeera yang menutup ruangan komen mereka dan menganggap tindakan itu seperti tidak mahu rakyat Malaysia memberi ulasan serta membetulkan fakta yang dianggap tidak tepat.
Top 15 Mistakes in Locked up in Malaysia’s Lockdown video by Al Jazeera
Al Jazeera did a very biased and one-sided…
Posted by Other Side of the Truth on Tuesday, 14 July 2020
Sumber
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.