“Otak Takde Ke?!” – Perli Suruh Buka Niqab Sebab Tak Suka Fesyen Neelofa, Pengguna Twitter Dikecam Teruk

Hiburan

“Otak Takde Ke?!” – Perli Suruh Buka Niqab Sebab Tak Suka Fesyen Neelofa, Pengguna Twitter Dikecam Teruk

Boleh dikatakan usahawan serta selebriti Neelofa sememangnya dikenali ramai dengan kejelitaannya tetapi beliau turut sering terpalit dengan kontroversi-kontroversi ‘panas’ sepanjang melibatkan diri dalam industri seni.

Belum habis dengan isu inai Nunha yang dikatakan seakan-akan lebam di jari, kali ini muncul pula cerita gaya pemakaian baju yang diperagakan olehnya baru-baru ini.

Advertisement

Melalui satu ciapan yang dibuat oleh seorang pengguna di Twitter ini, dia memerli cara pemakaian yang isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz.

Gambar yang di muat naik itu memaparkan Neelofa memakai jubah berkilat berserta tumit tinggi dan disebabkan itu ramai juga mengecam selebriti berkenaan.

Ada yang mengatakan Neelofa tidak perlu memakai niqab seandainya beliau ingin memakai seperti itu kerana ia sama sekali tidak melambangkan seperti wanita berniqab.

komen twitter

komen twitter

Biarpun ramai yang mengecam, ada juga netizen yang menyebelahi Neelofa dan berkata sebagai seorang manusia, mereka tidak mempunyai hak untuk berkata buruk seolah-olah diri itu sempurna.

komen twitter

komen twitter

Tambahan lagi, tidak semestinya jika seseorang itu sudah berniqab, diri mereka tidak boleh memperagakan fesyen yang cantik dan meminta agar tidak sering mencari kesalahan Neelofa pada setiap pergerakan serta perbuatan yang dilakukannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Neelofa jelaskan isu inai Nunha
2 years ago

"Kami Sedang Tunggu SIRIM & HALAL.." - Sedar Ramai Pertikai Isu Inai Nunha, Neelofa Tak Diam Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...