Otak Kanak-Kanak Boleh Terjejas Teruk Jika Selalu Diabaikan Dan Kurang Kasih Sayang Ibu Bapa ?

Trending

Otak Kanak-Kanak Boleh Terjejas Teruk Jika Selalu Diabaikan Dan Kurang Kasih Sayang Ibu Bapa ?

Mungkin ada segelintir ibu bapa agak memandang remeh aspek perhatian terhadap anak masing-masing. Ekoran kesibukan ibu bapa yang bekerja sehingga kadangkala mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya mereka berikan pada anak.

Advertisement

Memetik perkongsian dari doktor Taufiq Razif, beliau berkongsi akibat seandainya ibu bapa kurang memberi kasih sayang dan perhatian kepada si anak.

Jom baca perkongsian beliau..

Sebelah kanan tu adalah otak kanak-kanak yang kurang kasih sayang, kurang sentuhan, kurang ransangan dan kurang perhatian.

Otak anak yang diabaikan ni mengalami gangguan teruk pada perkembangan cortex dan ukuran otaknya lebih kecil daripada otak kanak-kanak yang lain.

Nak anak bijak dan sihat otaknya?

Balik rumah nanti terus :

– peluk anak
– bisikkan perkataan ayah sayang adik / ibu sayang adik
– gosok ubun-ubun anak
– tinggalkan handphone di bilik lain atau di kereta
– tutup TV dan banyakkan bermain bersama
– banyakkan ciuman, pelukan dan sentuhan sayang
– banyakkan eye-contact, bukan screen-contact
– selalu bisikkan pujian kebanggaan kita pada perangai baik mereka

Terus praktik benda ni semua pada anak masing-masing ye. Jangan sampai otak anak kita teraniaya hanya kerana kita lebih fokus pada gajet dan dunia kita sahaja!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...