“Otak Depa Tak Secanggih Orang Zaman Dulu..” – Rita Rudaini Bersuara Mengenai Isu Di MRSM

Hiburan

“Otak Depa Tak Secanggih Orang Zaman Dulu..” – Rita Rudaini Bersuara Mengenai Isu Di MRSM

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini telah meluahkan pendapatnya mengenai kes buli yang melibatkan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Moktar menyokong tindakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mengesyorkan supaya pelajar terlibat dengan kes buli tersebut ditamatkan pengajian.

Advertisement

rita rudaini

Yang taknak belajar sila keluar, yang dah bosan mengajar pun boleh juga keluar.

 

Terima kasih Datuk Dr. Asyraf, tindakan yang cepat walaupun benda jadi tahun lepas. Pihak maktab tak patut sorok atau ambil ringan.

Pelakon itu turut menyifatkan tingkah laku segelintir pelajar zaman kini sangat berbeza sehingga mudah terdorong kepada gejala buli.

Kadang-kadang peraturan yang ketat, tegas tak tentu pasal pun boleh buat budak-budak stres dan mula memberontak.

 

Mula buat hal, kacau orang, dari seronok-seronok kacau terus upgrade ‘buli’.

rita rudaini

Dia turut menyifatkan kebanyakan pelajar zaman kini tidak berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara yang mungkin memberi kesan yang buruk kepada mereka.

Budak-budak sekarang walaupun lahir di zaman canggih tapi otak mereka tak secanggih budak-budak zaman dulu. Budak-budak dulu nak buat satu benda memang pikir 100 kali sambil terbayang kena libas.

 

Budak-budak sekarang buat dulu, nanti bila free fikir.

Dalam pada itu, dia turut menegaskan tentang keperibadian seorang anak akan terbentuk daripada sikap ibu bapa mereka.

Didikan juga bermula dari rumah. Nak tengokperibadi seseorang, tengok dengan siapa dia berkawan.

 

Ketegasan dan kekerasan tu berbeza. Hormat dan takut mana satu pilihan. Maktab tak salah, mana-mana sekolah pun sama. Yang tak betul tu perangai dan sikap manusia.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang pelajar lelaki dalam keadaan tertiarap telah dihempap oleh sekumpulan pelajar dan dipercayai kes tersebut terjadi di MRSM Pulau Pinang.

2 months ago

"Patut Jantan-Jantan Macam Ni Tak Boleh Kahwin Lain Selagi..." - Rita Rudaini Kecam Lelaki Culas Bayar Nafkah Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...