‘Otai’ Sukan Skateboard Pertahankan Fatin

Trending

‘Otai’ Sukan Skateboard Pertahankan Fatin

 

Sumber: BERNAMA

Kecaman hebat daripada netizen terhadap pemain skateboard Negara, Fatin Syahirah Rozizi, mungkin sedikit sebanyak telah mematahkan semangat atlet yang mewakili Malaysia dalam Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 itu.

Advertisement

Satu video yang merakamkan aksi kurang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh Fatin tular dan mendapat pelbagai reaksi negatif netizen yang kononnya beranggapan dia tidak layak mewakili negara dan mungkin dipilih atas faktor kabel semata-mata.

Tetapi bukan semua rakyat Malaysia memberi kecaman kepada Fatin, masih ramai yang menyokong dan menyatakan rasa bangga terhadap atlet berusia 16 tahun ini. Satu hashtag khas #FightForFatin juga turut direka sebagai tanda sokongan.

Fatin telah mengeluarkan kenyataan dan penjelasan mengenai situasi sebenar yang menyebabkan dia tidak dapat beraksi dengan baik. Punca dia tidak fokus dan gagal memaparkan aksi memberangsangkan ketika saingan itu disebabkan kecederaan ligamen yang dialami pada buku lali kaki kirinya.

“Sebulan sebelum pertandingan saya ada menjalani latihan di Palembang. Ketika itu, saya terjatuh dan mengalami kecederaan ligamen pada buku lali kaki kiri.”- Dipetik dari Mstar

Dia juga gementar dengan aksi julung kalinya di pentas Asia ini dan latihan yang hanya ada dua bulan sahaja untuk dia dan pasukan mempersiapkan diri ke kejohanan yang sebesar ini.

Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq juga berharap agar rakyat Malaysia berhenti memberi kecaman terhadap Fatin. Beliau berkata kecaman itu sepatutnya diarahkan kepadanya selaku menteri dan persatuan yang bertanggungjawab memilih atlet berusia 16 tahun itu untuk mengibarkan bendera Malaysia di temasya tersebut.

“Saya akan terus mempertahankan Fatin atas semangat patriotismenya dalam usia yang muda sanggup menyahut cabaran membawa nama negara di mata dunia,”

Ikon skateboard Malaysia, Pa’din Musa, turut memberikan kata-kata semangat menerusi akaun instagramnya dan berharap agar Fatin terus bersemangat bermain skateboard.

Selain Pa’din Musa, Joe Ipoh turut memberi sokongan dengan memuat naik gambar lukisan dengan hashtag #FightForFatin.

Pengasas SkateMalaysia, Wan Kedah turut menjelaskan kenapa Fatin berjaya dipilih untuk mewakili Malaysia. Dia juga berharap agar rakyat Malaysia berhenti mengutuk dan terus memberi sokongan kepada Fatin dan industri sukan skateboard negara.

“Zaman kami tiada skatepark, tiada sponsorship. Kami skate dengan apa yang ada, dengan air mata sahaja.”

“Kami juga tidak membayangkan Malaysia akan mempunyai pasukan skateboard negara di Sukan Asia, apakah lagi mempunyai atlet perempuan.”

Dan yang paling mencuri tumpuan ialah komen daripada pemain skate lagenda dunia, Tony Hawk. Beliau meninggalkan komen positif di satu post instagram yang dimuat naik oleh Fatin di Instagram dan turut memberi semangat kepada Fatin untuk tidak mengalah dan memberi inspirasi kepada generasi baru.

 

Pasukan skateboard negara untuk Sukan Asia 2018 diwakili oleh Ian Nuriman Amri, 11, Yaziru Amiru Basyir Zainordin, 24, Fatin Syahirah Roszizi, 16, Christina Lai Grace, 13, dan Mohamad Hazim Syahmi Shahrum, 19. Jurulatih yang bertanggungjawab ialah Joe Ipoh.

Sumber: Mstar

Jadi rakyat Malaysia berhentilah memberi kecaman bukan sahaja kepada atlet skateboard tetapi kepada semua atlet yang mewakili negara untuk Sukan Asia Jakarta Palembang 2018. Negara sudah 61 tahun merdeka, kita juga sepatutnya harus lebih merdeka dari segi pemikiran dan tindakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...