Otai Kembali, AG Kembali Bersiaran Di Stesen Radio Hot FM

Hiburan

Otai Kembali, AG Kembali Bersiaran Di Stesen Radio Hot FM

Setelah lebih lima tahun meninggalkan stesen radio Hot FM untuk berkhidmat di Kool FM, penyampai radio Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG kini kembali menyinari Hot FM untuk bergandingan bersama rakan penyampai, Fad Bocey.

3 years ago

"Banyak Mengajar Sampai Bahasa Melayu Saya Lancar" - Mark Adam Tinggalkan Hot FM

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan AG menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by Ag Azmeer (@ag_azmeer)

Ujarnya, segalanya bermula selepas dia menerima satu panggilan daripada penyelia Hot FM yang memintanya untuk hadir menjalankan tugas di stesen radio berkenaan.

“Ramai yang tertanya saya pergi mana lama tak ‘on air’, sebenarnya saya sedang bercuti lebih kurang dua minggu tapi hari ini bos telefon minta saya datang untuk ‘on air’. Okeylah benda ni normal, datang ‘on air’ itu perkara biasa. Tapi bukan dekat Kool FM, saya kena ‘on air’ dekat Hot FM. Jadi hari ini saya datang ‘on air’ dekat Hot FM.”

Menjengah ruangan komen, ramai peminat meluahkan rasa teruja kerana dapat mendengar suara penyampai radio yang berusia 41 tahun itu kembali ke udara di Hot FM.

View this post on Instagram

A post shared by Ag Azmeer (@ag_azmeer)

Terdahulu, penyampai radio Fizie, Mark Adam dan Riena ditugaskan untuk ke udara pada sesi pagi menerusi segmen Geng Pagi Hot (GPH) sebelum Fizie dan Mark meninggalkan stesen radio berkenaan selepas perkhidmatan mereka ditamatkan pada Selasa lalu manakala Riena pula kini ditugaskan untuk ke udara pada waktu sebelah malam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...