Organ Dalaman Mesti Bersih, Iklan Tawaran Kerja Kosong Di Kemboja Ini Raih Perhatian Ramai

Kehidupan

Organ Dalaman Mesti Bersih, Iklan Tawaran Kerja Kosong Di Kemboja Ini Raih Perhatian Ramai

Bekerja di luar negara sering dianggap sebagai peluang keemasan untuk mendapatkan pendapatan lumayan. Namun, tidak semua tawaran itu tulen,  ada yang rupa-rupanya taktik licik sindiket untuk mencari mangsa perdagangan organ.

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads berkongsi tentang satu tawaran kerja mencurigakan di Kemboja yang menjanjikan gaji sehingga USD1,000 (sekitar RM4,260) tanpa memerlukan sijil atau pengalaman.

Advertisement

iklan cambodia cari kerja

Apa yang membangkitkan syak ialah syarat pelik yang menetapkan calon perlu memiliki organ dalaman yang “bersih”, kononnya untuk menjalankan kerja berat. Lebih mencurigakan, calon hanya diminta “bawa badan” tanpa perlu menghantar CV , satu petunjuk jelas kemungkinan kegiatan pemerdagangan organ.

Sindiket ini dilaporkan menawarkan tiket penerbangan dan visa kerja sebagai umpan, kononnya untuk jawatan scammer dalam talian. Namun, jika mangsa gagal capai sasaran, organ dalaman dijadikan cagaran. Lebih kejam, ada yang didakwa dibedah tanpa bius.

sindiket

Kes seumpama ini bukan baharu, terutama di Indonesia di mana ramai anak muda tertipu dengan tawaran palsu ini.

Netizen menyuarakan kebimbangan dan menyeru agar orang ramai berhati-hati dengan tawaran kerja mencurigakan. Mereka turut berharap pihak berkuasa segera bertindak membanteras sindiket yang kini makin berani mengiklankan ‘kerja’ secara terbuka.

Permintaan terhadap organ sihat di pasaran gelap sangat tinggi, menjadikan individu dengan kesihatan baik sebagai sasaran utama sindiket ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ceo batu
3 weeks ago

"Sujud Pun Saya Sanggup" - CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh Kepada Budak 'Under Age', Merayu Jangan Buat Laporan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...