Orangutan Betina Dicukur, Dipakaikan Perhiasan Dan Dipaksa Melacur Percaya Manusia Semula

Trending

Orangutan Betina Dicukur, Dipakaikan Perhiasan Dan Dipaksa Melacur Percaya Manusia Semula

Seekor orangutan dilatih untuk melakukan aksi seks dan dipaksa melacur di Indonesia.

Advertisement

Pekerja-pekerja ladang kelapa sawit berdekatan di Borneo datang ke rumah urut di kampung di mana Pony, seekor orangutan betina baring di atas tilam, sambil dirantai ke dinding.


Bulu haiwan yang tidak tahu apa-apa itu dicukur setiap hari. Ia dipakaikan barang perhiasan dan minyak wangi, kemudian dirogol lelaki-lelaki yang saiz badan mereka lebih besar dua kali  ganda darinya.

Lelaki-lelaki itu membayar untuk merasakan pengalaman merogol orangutan itu.

Ia menakutkan. Badannya penuh luka bernanah. Mereka solekkan wajahnya dan pakaikan dia anting-anting. Pasti dia menderita. Sukar dibayangkan keadaannya waktu itu.

Michelle Desilets, yang merupakan Pengarah Yayasan Kemandirian Orangutan Borneo UK bercerita mengenai keadaan Pony sewaktu diselamatkan.

Pony diculik dari ibunya sewaktu bayi dan diajar untuk melacur oleh penculiknya pada usia semuda enam tahun. Bulu badannya dicukur setiap hari, menyebabkan kulitnya luka dan diganggu ruam, serta gigitan nyamuk.

Nasibnya baik telah diselamatkan pada tahun 2003 – tetapi ia melibatkan 35 orang anggota polis bersenjata yang memaksa penduduk kampung menyerahkan Pony kepada mereka.

Desilets yang merupakan seorang bekas guru berkata mereka diancam menggunakan senapang dan pisau oleh penduduk kampung.

‘Ibu ayam’ Pony pula menangis marah ketika terpaksa melepaskan orangutan itu.

Walaupun menderita, Pony telah berjaya pulih dengan sepenuhnya dalam masa 15 tahun selepas melepaskan diri dari neraka pelacuran. Namun ia bukan mudah:

Langkah pertama kami buat ialah kuarantinkan dia, kemudian bawa dia tinggal di dalam hutan dengan hanya ditemani wanita. Ini kerana Pony takutkan lelaki.

Setelah beberapa lama, barulah penjaga lelaki diperkenalkan kepada Pony.

Kini dia dah tak takut lagi dan gembira walau siapa pun mendekatinya.

Pony sudah belajar mempercayai  manusia semula.

Pony kemudian dipindahkan ke sebuah pulau. Pony tidak boleh dilepaskan ke hutan kerana telah menghabiskan masa terlalu lama dalam kurungan manusia dan tidak mempunyai kebolehan untuk hidup sendiri.

Dia kini tinggal bersama tujuh ekor orangutan lain di Pusat Pemulihan Nyaru Menteng, dan telah belajar membuat sarang sendiri dan mencari makanan.

Saya bertemu dengan Pony tidak lama selepas dia diselamatkan. Ketabahannya mengagumkan. Walaupun trauma, dia mempunyai kehormatan diri, dan dia kelakar.

Walaupun kesedaran orang ramai mengenai kekejaman terhadap haiwan semakin tinggi, perdagangan haram hidupan liar tetap juga meninggi.

Tahun lepas dua ekor anak orangutan, betina lapan bulan bernama Korwas dan jantan berusia setahun bernama Gakkum, ditemui dikurung dalam kandang kecil, bakal dihantar keluar setelah dibeli di media sosial.

Tiada lebih comel dari bayi orangutan. Disebabkan itu ramai ingin memiliki orangutan yang masih bayi.

Bagaimanapun, mereka tidak boleh jadi haiwan peliharaan yang menyeronokkan, kerana semakin meningkat usia, orangutan semakin sukar diurus.

Orangutan dan primata lain boleh diperdagangkan untuk nilai sehingga £10,000 (RM 53,471.49)  di pasar gelap–malah boleh dibeli di laman seperti Instagram dan Facebook.

Menurut pakar, untuk setiap bayi dijual, sebanyak empat ekor primata dewasa dibunuh. – amazingnara.com

Sumber: Metro UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...