Neelofa memberitahu, kontroversi mengenai pelancaran koleksi #beLofa di Zouk diperbesarkan oleh mereka yang tiada di tempat berkenaan.
Berita Harian Online melaporkan bahawa Neelofa memberitahu rakan pengacaranya dalam program Meletop bahawa premis berkenaan telah diubah dari sebuah kelab kepada ruang untuk program pelancaran produk.
Saya tak apa-apa pun (dengan tohmahan) kerana tahu apa yang saya lakukan. Tempat itu sendiri sudah ditukar dari pusat hiburan ke lokasi acara.
Malah, tiada alkohol pun dihidangkan. Sesiapa yang ada di situ tahu kisah sebenar. Orang yang tiada di sana pula melebih-lebih.
Neelofa berkata sedemikian secara langsung dan diperdengarkan kepada penonton program itu. Dia tidak mengacarakan program itu semalam kerana perlu menghadiri satu latihan. Tempatnya digantikan oleh Sherry Alhadad.
Koleksi turban #BeLofa telah habis dijual semalam, manakala koleksi shawl masih belum dijual di laman web Naelofar. – beautifulnara.com