Islam itu mudah tetapi ternyata tidak mudah untuk golongan mualaf yang baru ingin mempelajari lebih mendalam tentang Islam gara-gara sesetengah kelompok yang suka mengungkit kehidupan lama mereka.
Itu antara dugaan yang dilalui pempengaruh terkenal, Maryam yang kini menetap di Malaysia selepas berkahwin dengan Ryzal.
Berasal dari Korea Selatan, Maryam telah memuat naik video luahan hatinya dan menerusi caption, ibu kepada seorang cahaya mata itu sedih kerana sering ditegur dan disuruh buang tatu.
Sampai sekarang ada orang cakap pasal tatu saya dan suruh saya buang tatu ini. Adakah orang yang tidak bertatu sahaja boleh menjadi Muslim?”
@uyounik Sampai sekarang ada orang talk about my tattoo.. dan ask me to remove this.. Can only people without tattoos become Muslims?
Menerusi ruangan komen, ramai warganet menasihati Maryam atau nama sebenarnya Maryam You Narae untuk tidak menghiraukan kata-kata negatif atau kritikan orang lain terhadapnya.
Mereka turut memberikan kata dorongan kepadanya dan berkata apa yang penting adalah suami serta keluarga menerima Maryam seadanya.