“Orang Yang Nak Hancurkan Saya Adalah Mak Kepada Anak-Anak Saya, Move On” – Jofliam Hilang Sabar Dengan Cik Epal

Kehidupan

“Orang Yang Nak Hancurkan Saya Adalah Mak Kepada Anak-Anak Saya, Move On” – Jofliam Hilang Sabar Dengan Cik Epal

Lama tiada isu membabitkan usahawan pizza wagyu sensasi, Jofliam dan bekas isteri iaitu pempengaruh, Cik Epal, tapi semalam konflik kembali muncul selepas Cik Epal meluahkan rasa berang selepas diminta bayar separuh yuran sekolah anak.

Jofliam hilang sabar dengan Cik Epal

Tidak mendiamkan diri, Jofliam tampil memuat naik hantaran luahan di Instagram Story dengan mempersoalkan sampai bila Cik Epal mahu mencanang hal keluarga kepada umum sedangkan boleh selesai secara privasi.

Advertisement

Jofliam anak anak

Benda boleh private, dia suka besarkan, canang satu dunia. Bila saya up full conversation, nampak diri sendiri bodoh putar belit.

“Mak anak-anak saya yang cuba hancurkan saya..”

Dalam pada itu, usahawan tersebut berkata dia berusaha mencari rezeki demi anak-anak tetapi Cik Epal terus menerus mahu menghancurkan hidupnya.

Ig jofliam

Tambahannya, dia meminta agar Cik Epal bersyukur kerana dirinya mempunyai sikap bertanggungjawab sebagai seorang bapa buat anak-anak mereka.

Lagi sebulan cukup setahun dia guna taktik sama, update sekerat-sekerat. Move on dan stop, kembali fokus pada anak-anak.

jofliam
2025-08-25 16:45:08

"Sekarang Budak-Budak Tak Ada Adab, Sebab Tu Saya Hantar International School" - Kenyataan Jofliam Undang Kecaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...