“Orang Yang Mengandung, Orang Yang Bersalin Kau TIPU!”

Trending

“Orang Yang Mengandung, Orang Yang Bersalin Kau TIPU!”

Ibu yang baru melahirkan memerlukan penjagaan rapi. Dari segi pemakanan, kebersihan, penjagaan badan dan emosi, biasanya perlu ada yang membantu mereka memandangkan badan mereka sedang dalam proses penyembuhan.


Disebabkan itu, biasanya wanita lepas bersalin akan meminta bantuan ibu sendiri atau ibu mertua untuk membantu sewaktu berpantang. Namun begitu, bukan semua wanita ada kelebihan ini kerana mungkin ibu mereka sudah tiada atau sudah uzur. Justeru mereka mendapatkan khidmat orang lain untuk membantu mereka.

Dan nampaknya ada yang melihat ini sebagai satu peluang perniagaan. Perkhidmatan bidan yang memantu ibu berpantang ini memang sangat membantu para ibu bapa dan disambut baik.

Advertisement

Namun begitu, seorang  wanita telah membuat tuntutan tribunal pengguna di Mahkamah Tribunal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menuntut semula bayaran deposit dari seorang bidan yang didakwa mungkir janji menawarkan perkhidmatan walaupun telah mengambil deposit.

Bidan itu juga didakwa enggan memulangkan wang deposit tersebut secara penuh, tidak akan melayang sebarang tuntutan tribunal dan hanya akan memulangkan secara ansuran walaupun sudah diminta berbuat demikian oleh wanita tersebut.

Seorang wanita lain di Facebook juga mengalamami pengalaman yang sama setelah membayar deposit untuk mendapatkan khidmat bidan tersebut.

Ada yang mendakwa bidan tersebut terus mengiklankan perkhidmatan, mengambil bayaran deposit dan juga menuntut bayaran penuh walaupun masih belum melaksanakan atau menghabiskan perkhidmatan yang ditawarkan olehnya.

Kesemua status ini boleh dibaca dengan menggunakan hashtag #bidanpenipu.

Laman Fanpage Facebook perniagaan servis penjagaan berpantang bersalin tersebut kini juga sudah dinyahaktifkan. – amazingnara.com

Sumber: A’na Diana Zaidi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...