Orang Yang “Membela” Biasanya Gemar Pegang Ibu Jari Kaki Bayi, Berhati-Hatilah..

Trending

Orang Yang “Membela” Biasanya Gemar Pegang Ibu Jari Kaki Bayi, Berhati-Hatilah..

Selamat petang. Nak share something sikit ni. Pagi tadi pergi KK utk checkup baby sebulan. Tengah tunggu giliran, ada laa seorang ibu ni bawak mak dia agaknya (50+ thn agknya).

Advertisement

Kita duduk kerusi belakang dia duduk kerusi depan. Sambil bf baby, dia borak dengan kita. Dia tanya la beranak normal ke czer anak no berapa bagai. Kita jawab macam biasa jelaa. Tetiba dia tanya ‘darah ade lagi ke’ mula dah syak bukan2 . Kita jawab, kdg2 je ade.

Pastu dia terus nak pegang kaki baby. Kite terperanjat terus ckp ‘Jangan pegang kaki anak saya makcik, mak mertua saya tak kasi’, terus dia tak pegang.

Senyum sinis je. Sampai balik dia tak bercakap langsung dengan kita.

Sebenarnya kalau nak tahu, biasanya orang yang membela ni kalau jumpa baby, tak kira la baby ke budak umur 6tahun sekalipun memang dia akan pegang ibu jari kaki anak tu. Lepas dia pegang, anak memang menangis/menjerit.

Mak mertua kita berubat orang. No wonder la kalau kita tahu pasal ni. So yang kat luar sana, kalau nenek tua ke orang muda ke tetiba nak pegang kaki anak, cepat2 tarik anak tu. Yang sedang mengandung jangan sesekali bagi orang pegang perut walaupun sedara mara. Hati org kita tak tahu.

Sebab tu kena hati2 walau dengan sesiapa pun. Yang nak percaya tu percaya laa tapi jangan taksub sangat. Yang tak nak percaya, sukati laa ea tiada paksaan.

Tolong kedekut sikit bab anak ni. Kita hampir nak kena masa anak sulung umur 2thn balik kampung. Sebab tu orang mengandung /ada anak yg kecik kena ade minyak zikir. Bawak pergi mana2 . Sebelum keluar rumah sapu kat kepala. telinga. dada. betis. tengkuk.

Kalau orang tu baik tiada masalah kalau die pegang. Kot yang niat tak elok tu insyaallah die tak kan berani pegang. Mintak dijauhkan dari anak2 kita. Amin amin.

Minyak zikir tu boleh buat sendri. Beli apa2 minyak yg bersih(boleh bawak solat) bacakan surah yassin ,4 qul, ayat kursi, zikir. Sama macam kita air yassin jugak caranya.

Kalau pening nak cari minyak apa, pakai je minyak masak. Mak mertua saya guna minyak kelapa untuk rambut 100% pure coconut. Kalau bidan yang ok, diorang buatkan minyak celak.

Kredit : Info Ibu Hamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...