“Orang Yang Bos Hargai Adalah Orang Tak Berkira..” – Aliff Syukri Nasihat Pekerja Harus Sentiasa Angkat ‘Call’ Meskipun Cuti

Trending

“Orang Yang Bos Hargai Adalah Orang Tak Berkira..” – Aliff Syukri Nasihat Pekerja Harus Sentiasa Angkat ‘Call’ Meskipun Cuti

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berpendapat pekerja seharusnya sentiasa sedia untuk menerima panggilan daripada majikan meskipun di luar waktu bekerja dan sewaktu hari minggu.

Bos akan hargai

Menurutnya, pekerja tidak seharusnya berkira dengan waktu untuk menerima panggilan daripada majikan mereka. Bagi Aliff, seorang yang tidak berkira akan dianggap rajin dan lebih dihargai.

Advertisement

Bos selalu telefon masa bukan waktu kerja boleh angkat tak? Okay bila bos korang telefon bukan waktu kerja kena angkat wajib angkat mana tahu ada perkara penting.

 

Kalau bos telefon waktu cuti Sabtu Ahad kena angkat tak? Kena angkat sebab orang yang rajin, orang yang bos hargai ini adalah orang-orang yang tak berkira.

Harus sentiasa angkat call

Tambah usahawan ini, para majikan dapat melihat usaha dan dedikasi seorang pekerja melalui cara tersebut di samping menunjukkan tanda hormat kepada bos mereka.

Jangan senyap sebab kalau kita sendiri nak jadi bos kepada pekerja kita tapi anda tak boleh menghormati bos anda, anda tak nampak dedikasi macam mana bos anda nak naikkan pangkat, nak naik gaji.

 

Jadi anda seorang pekerja yang bagus kena sentiasa mengangkat telefon majikan walaupun malam, siang atau pagi ke petang. Cuma kalau tak sempat tu kenalah balas.

@papalarisofficialUntuk boleh berjaya korang mestilah kerja tak berkira, yang paling penting kalau boss telefon di angkat jangan senyap…♬ Motivation – neozilla

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bekas staf menang RM190K lawan bekas majikan
7 months ago

Diarahkan Berhenti Serta Merta Oleh Bos Panas Baran, Bekas Staf Menang Kes Di Mahkamah & Dianugerahkan Lebih RM190K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...