Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Orang Utara Kalau Gurau Memang Kasar Macam Isteri Saya – Shaheizy Sam

Semenjak dua menjak ini Abang Nara suka betul melihat gelagat pasangan suami isteri Shaheizy Sam dan Syatilia Melvin di Instagram. Memang kelakar gila-gila. Diorang berdua memang suka bergurau sesama sendiri, lebih-lebih lagi sekarang ini pelakon Polis Evo itu sedang berusaha menguruskan badan. Siap kantoi makan meggi dan buat video konon-konon tak bersalah. Lawak sangat!!!

Namun ada sesetengah netizen menganggap gurauan yang dilakukan oleh Syatilia Melvin kepada suaminya dan adik beradiknya adalah terlalu kasar. Ini semua bermula selepas Syatilia memuatnaik gambar berunsur lucah di Instagram dengan caption yang boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada orang lain.

Advertisement

Namun buat Shaheizy Sam, gurauan yang dibuat oleh isterinya itu adalah biasa kerana Syatilia berasal dari utara. Seperti yang kita sedia maklum, orang utara ini memang bila bercakap bunyinya agak kasar. Kalau tak biasa memang boleh terasa hati. Namun bagi orang utara, terutama di kalangan ahli keluarga, gurauan sebegini adalah satu norma.

Kata Shaheizy Sam:-

Saya anggap ia perkara biasa kerana dia orang utara. Mereka adik-beradik kalau bergurau memang kasar sikit. Masa awal-awal kenal Tilla pun agak terkejut dengan gurauan dia. Tapi lama kelamaan dah jadi biasa, mereka memang begitu. Mungkin gurauan kasar itu dia belajar dari saya juga.

Kadang-kadang kita buat benda baik pun orang kecam. Dia tak perlu nak memikirkan tentang orang sangat sebab mereka semua ada pendapat cara pemikiran masing-masing .

Advertisement

Apapun kalau adik-beradik mereka sendiri faham dan menerima cara gurauan begitu, tiada apa yang patut dipersoalkan. Tiada apa yang saya perlu control. Terus terang Instagram pun saya tak tengok sangat.

Saya tak rasa gurauan kasar mereka itu bawa imej buruk sebab kalau nak ikutkan gurauan saya sendiri lebih kasar dan terbuka berbanding mereka.

Ha apa pendapat anda? Mesti ada pembaca BeautifulNara yang mempunyai ramai kawan/pasangan/kekasih orang utara kan? Memang diorang nie kasar sikit kan? Tapi hati baik dan jujur orangnya. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 Comments

  1. Anonymous

    August 28, 2019 at 9:04 am

    mana ada org utara gurau kasar sampai mcm bini hang…itu kuang ajaq! otak kosong mmg gitu…mana pun asal kita, adab x kenal daerah atau negeri. Semua dr rumah! jd phm2 la sendiri.

  2. Anonymous

    August 28, 2019 at 12:03 am

    Org daerah mana pun, klu berpelajaran, biasanya ada etika, contained and sopan. Klu otak kosong, biasanya ringan je nak keluar perangai x semenggah

  3. Zayn

    August 27, 2019 at 5:48 pm

    Org utara x vulgar sampai gini… ni yg jenis kurang education …mcm ni la melawak pengotoq!!

  4. Anonymous

    August 27, 2019 at 5:15 pm

    bila dah sendu mula la buat perangai pelik… retis oh retis…

  5. utara

    August 27, 2019 at 4:50 pm

    selama ni elok jer berkawan dgn org utara… tp xde perangai teruk kuwang ajar mcm si tilla nih… xde cubit tetek cubit kelentit pose ig bagai… nk cover bini pun hagak2 laaaa…. sendu btul lakibini nih…

Loading...
To Top