Written by AbangNara | August 27th, 2019

Semenjak dua menjak ini Abang Nara suka betul melihat gelagat pasangan suami isteri Shaheizy Sam dan Syatilia Melvin di Instagram. Memang kelakar gila-gila. Diorang berdua memang suka bergurau sesama sendiri, lebih-lebih lagi sekarang ini pelakon Polis Evo itu sedang berusaha menguruskan badan. Siap kantoi makan meggi dan buat video konon-konon tak bersalah. Lawak sangat!!!

Namun ada sesetengah netizen menganggap gurauan yang dilakukan oleh Syatilia Melvin kepada suaminya dan adik beradiknya adalah terlalu kasar. Ini semua bermula selepas Syatilia memuatnaik gambar berunsur lucah di Instagram dengan caption yang boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada orang lain.

Namun buat Shaheizy Sam, gurauan yang dibuat oleh isterinya itu adalah biasa kerana Syatilia berasal dari utara. Seperti yang kita sedia maklum, orang utara ini memang bila bercakap bunyinya agak kasar. Kalau tak biasa memang boleh terasa hati. Namun bagi orang utara, terutama di kalangan ahli keluarga, gurauan sebegini adalah satu norma.

Kata Shaheizy Sam:-

Saya anggap ia perkara biasa kerana dia orang utara. Mereka adik-beradik kalau bergurau memang kasar sikit. Masa awal-awal kenal Tilla pun agak terkejut dengan gurauan dia. Tapi lama kelamaan dah jadi biasa, mereka memang begitu. Mungkin gurauan kasar itu dia belajar dari saya juga.

Kadang-kadang kita buat benda baik pun orang kecam. Dia tak perlu nak memikirkan tentang orang sangat sebab mereka semua ada pendapat cara pemikiran masing-masing .

Apapun kalau adik-beradik mereka sendiri faham dan menerima cara gurauan begitu, tiada apa yang patut dipersoalkan. Tiada apa yang saya perlu control. Terus terang Instagram pun saya tak tengok sangat.

Saya tak rasa gurauan kasar mereka itu bawa imej buruk sebab kalau nak ikutkan gurauan saya sendiri lebih kasar dan terbuka berbanding mereka.

Ha apa pendapat anda? Mesti ada pembaca BeautifulNara yang mempunyai ramai kawan/pasangan/kekasih orang utara kan? Memang diorang nie kasar sikit kan? Tapi hati baik dan jujur orangnya. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 responses to Orang Utara Kalau Gurau Memang Kasar Macam Isteri Saya – Shaheizy Sam

  1. Anonymous says:

    dulu saya pun kena juga dengangurauan orang utara punyalah sakit hati di balas gurauan kasar macam mereka boleh pula marah kita… dia boleh sakitkanhati kita balas balik melenting…cilaka

    patutlah Izreen Azmida bergurau extended masjid terus dirobohnya masjid ya lakinya terikut2 style dia bergurau…. sekarang bergurau jual diri sudah seksi nak job balik.

  2. Lopak & co . says:

    Org Kedah Saja kut … Org utara lain tak aehh…
    Izreen org Kedah Ka … Ummmm Aku ingat Kelantan pasai perangai MCM Kelantan

  3. aku yg terancam says:

    aku pun org utara jgk..tp tkdala gurau cmtuu..meluatt

    • Anonymous says:

      gurau retis minta perhatianlah tu…. memang pun ketururan orang kasar dan cepat melenting… ketawa terbahak2 cover salah sendiri.tak minat keluarga pembohong ini dari mentua hingga keturunannya ….. gurau lucah memaki hamun merekalah juara menjerit2 bila bercakap orang cakap balik macam mereka cakap terus melenting orang jadi bersalah besar….

  4. faraj says:

    Bukan kata bergurau, tgk muka korang berdua pun dh Nyampah..(Muka Pecah perasan Handsome & Cantik)..tu jer…wakakakakaaa..

  5. Anak Utagha says:

    Kami melawak kasaq pun takdak la loqlaq macam tu. Ni bukan kasaq ni dah ni lucah nama dia

  6. Anonymous says:

    Lantak ko lahhh x minat…

  7. unknown says:

    hat ni bulan melawak la mangkok!

  8. suka tengok couple ni.
    moga berkekalan.

  9. Anonymous says:

    dari masak maggi buat kelakuan hodoh tu baek hang buat video masak mcm stacey , tia arrifin dan nurol deep wahab tu….dpt gak duit jana youtube income….

  10. ApaApaJeLah Labu says:

    Ye ke org utara bergurau kasar camtu? aku pun org utara jgk tapi xde pun gurau camtu,sometime mmg macam too much jgk diorang bergurau tapi maybe mmg Tilla tu mcm tu..x pelik pun… pernah dulu ikut member pi melaka dgr org melaka bergurau lg scary mcm nak gaduh. so..kat sini aku nk ckp attitude seseorang tu x melambangkan kita dari negeri mana yer..Attitude seseorang melambangkan diri org tu sendiri.

  11. utara says:

    selama ni elok jer berkawan dgn org utara… tp xde perangai teruk kuwang ajar mcm si tilla nih… xde cubit tetek cubit kelentit pose ig bagai… nk cover bini pun hagak2 laaaa…. sendu btul lakibini nih…

  12. Anonymous says:

    bila dah sendu mula la buat perangai pelik… retis oh retis…

  13. Zayn says:

    Org utara x vulgar sampai gini… ni yg jenis kurang education …mcm ni la melawak pengotoq!!

  14. Anonymous says:

    Org daerah mana pun, klu berpelajaran, biasanya ada etika, contained and sopan. Klu otak kosong, biasanya ringan je nak keluar perangai x semenggah

  15. Anonymous says:

    mana ada org utara gurau kasar sampai mcm bini hang…itu kuang ajaq! otak kosong mmg gitu…mana pun asal kita, adab x kenal daerah atau negeri. Semua dr rumah! jd phm2 la sendiri.

  16. Anonymous says:

    Tak tahu lah, aku je ke rase dorang laki bini ni mcm pengotor

Tinggalkan Komen Anda Di Sini