Jika anda pengikut setia Janna Nick di Instagram, tentu anda tahu beliau sering juga membuat ulasan filem menggunakan hashtag #JNmoviereview. Baru-baru ini juga Janna ada mengkritik filem Dunkirk arahan Christopher Nolan yang baru sahaja ditayangkan di Malaysia.
Walaubagaimanapun, Janna dikecam teruk oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan ulasan yang diberikan oleh beliau apatah lagi Janna tidak menonton keseluruhan filem tersebut kerana tertidur.
Sedar dirinya menerima pelbagai kecaman, Janna menerusi akaun Twitter beliau memohon maaf terhadap mengenai isu tersebut.
Ulasan Janna itu sebenarnya agak jujur dan semua orang mempunyai citarasa yang berbeza bukan? Tidak salah rasanya kalau Janna memberikan pendapat beliau sendiri.