“Orang Tu Dah Senyap Buat Hal Sendiri..” – Netizen Kurang Senang Soalan ‘Perempuan Gila’ Janna Nick Kepada Fattah Amin

Trending

“Orang Tu Dah Senyap Buat Hal Sendiri..” – Netizen Kurang Senang Soalan ‘Perempuan Gila’ Janna Nick Kepada Fattah Amin

Pelakon popular, Janna Nick menjadi tumpuan selepas netizen menyuarakan rasa kurang senang terhadap soalan yang diajukan olehnya kepada aktor Fattah Amin dalam satu temu bual.

Menerusi sebuah video yang kini hangat diperkatakan di media sosial, Janna dilihat bertanyakan soalan berkaitan emosi seorang lelaki yang melalui kemelut rumah tangga sehingga bergelar duda.

Advertisement

Lelaki ni bila dah berpisah dia rasa macam mana, dia rasa happy ke, dia rasa terlepas ke beban, dia rasa macam tak payah nak hadap perempuan gila ni dah ke.

Contoh, bukan bekas isteri kau, aku cakap situasi lelaki. Korang jangan salah tau. Situasi seorang lelaki yang rumah tangganya kecundang dan bergelar seorang duda, duda ni rasa macam mana?” soalnya.

Namun begitu, temu bual tersebut menerima reaksi yang agak negatif dalam kalangan netizen.

Netizen puji ketenangan Fattah

Ramai berpendapat bahawa soalan yang dilontarkan agak sensitif dan tidak wajar dikemukakan oleh Janna memandangkan statusnya kini sebagai isteri orang.

I tengok dekat TikTok tu cair segala orang bila tengok dia dah lah mix blood handsome loving caring. What if one day u aren’t together and someone asked this question?

Dalam pada itu, ada juga yang memberikan pujian terhadap Fattah kerana mampu mengawal emosi dan kelihatan tenang sewaktu menjawab soalan tersebut.

Baik betul FA ni, orang cakap macam tu pasal ex dia, dia masih tak rasa nak marah instead of mengiyakan ke apa. Satu dalam sejuta sungguh lah.

Untuk makluman, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, namun bercerai secara rasmi pada 7 Oktober tahun lalu.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah amin dan amira othman bakal langsung nikah, ini jawapan pengurus
2 days ago

Fattah Amin Dan Amira Othman Dalam Debaran Menunggu Hari Bahagia? Pengurus Minta Doakan Yang Terbaik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...