“Orang Terkejar Nak Pi Kerja, Takleh Nak Semarakkan Subuh Di Masjid” – Individu Tak Puas Hati Imam Baca Surah Panjang Waktu Solat

Kehidupan

“Orang Terkejar Nak Pi Kerja, Takleh Nak Semarakkan Subuh Di Masjid” – Individu Tak Puas Hati Imam Baca Surah Panjang Waktu Solat

Sedia maklum, sejak inisiatif #GengSubuhMacamJumaat dibuat, ramai kini mula hadir ke masjid pada awal pagi untuk solat Subuh berjemaah.

Individu tak puas hati dengan imam

Namun begitu, terdapat seorang individu di platform X meluahkan rasa tidak puas hati dengan iman yang memilih surah panjang sewaktu solat Subuh.

Advertisement

Katanya, disebabkan imam memilih surahnya yang panjang, makmun terpaksa terkejar-kejar masa untuk bersiap tiba ke pejabat awal disebabkan mahu elak trafik sesak.

Cetus perdebatan di kalangan netizen

Susulan ciapan tersebut sudah viral di platform X, ada netizen menyokong pandangan lelaki terbabit dan merasakan ia menganggu jadual harian seseorang yang bekerja.

komen

Tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga yang meninggalkan pandangan mereka dengan menyuruh lelaki itu solat di masjid lain seandainya masjid yang selalu dikunjungi sering baca surah panjang dan sepatutnya hal ibadah perlu ikhlas, malah tidak dijadikan isu.

komen

alif
12 months ago

"Ini Baru 'The Real Influencer'.." - Alif Satar Jadi Tumpuan Netizen, Berjaya Tarik Ribuan Jemaah Subuh Di Masjid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...