Baru-baru ini, peguam yang mewakili pengasas Rumah Bonda, Nurul Hafidzah ada menyatakan pendiriannya kini mengenai kes penderaan adik Bella yang menjadi tular dan bahan bualan netizen sejak kebelakangan ini.
Menurut Hafidzah, pendiriannya masih sama mengenai kes itu dan ada memuat naik semula hantarannya tidak lama dahulu mengenai isu adik Bella yang didakwa didera oleh anak guamnnya itu.
Scroll balik terjumpa penulisan tahun lepas berkenaan kes Bella. Masa ni kes ni viral macam nak gila dan saya belum ada kaitan pun dengan kes ini. Pendirian saya sekarang masih sama.
Doa saya semoga kebenarakan akan dapat ditunjukkan. Semoga orang yang teraniaya diberikan kemenangan, semoga orang zalim menerima hukuman. Aamin.
Terdahulu, kes penderaan adik Bella ini telah mendapat liputan yang meluas malah turut menarik perhatian Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Nurul Hafidzah bersama rakan peguam yang lain turut dikecam netizen kerana dianggap membela tertuduh iaitu Siti Bainun dalam perbuatan mendera tanpa belas kasihan terhadap mangsa yang juga anak kurang upaya, Bella.
Sehingga ke saat artikel ini ditulis, perbicaraan kes penderaan adik Bella masih berjalan di mahkamah.