Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nur Shuhada baru-baru ini meluahkan rasa terkejut apabila bekas ibu mentua didakwa bercerita mengenai dirinya kepada kenalan terdekat.
Perbualan bekas ibu mentua dan kenalan rapat
Menurut Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu berkata dia mengetahui hal itu apabila salah seorang pengikutnya di media sosial menghantar screenshot perbualan mesej ibu mentuanya.
Pengikut saya hantar screenshot itu, saya terkejut bila ada orang mesej saya seperti ini. Saya sangat hormat dekat ibu mertua saya.
Enggan memanjangkan cerita, Shuhada berkata kepada pengikutnya di platform media sosial bahawa mesej itu tidak benar.
Tak mahu keruhkan keadaan
Kata Shu, dia tidak menghubungi bekas ibu mentuanya untuk meminta penjelasan lanjut kerana enggan mengeruhkan keadaan.
Bahkan, malas mahu mengambil pusing mengenai isu itu dan tidak mahu menyimpan dendam.
Saya sampai terfikir-fikir apa yang tak habis lagi. Saya pun tak kacau sesiapa jadi saya harap dia berhenti. Saya pun sudah move on.
View this post on Instagram