Orang Tak Tahu Apa-Apa Sibuk Nak Membawang, Hidup Sendiri Ke Laut Dalam- Nazim Othman

Hiburan

Orang Tak Tahu Apa-Apa Sibuk Nak Membawang, Hidup Sendiri Ke Laut Dalam- Nazim Othman

Sudah menjadi lumrah kehidupan yang manusia ini memang sibuk menjaga tepi kain orang. Kalau dulu kita hanya sibuk dengan kehidupan orang yang kita kenali secara ‘real life’, kini dengan kemajuan laman sosial, kegiatan ini semakin menjadi-jadi, sehinggakan unknown person pun turut sama mahu dijaga kainnya. Itulah yang terjadi kepada Nazim Othman, selepas penceraiannya dengan Bella Dally baru-baru ini.

nazim othman

Advertisement

Nazim telah meluahkan isi hatinya dengan sikap sesetengah pihak yang terlebih mem’bawang’ tanpa mengenali dirinya sedangkan hidup mereka sendiri tidak terjaga. Rupa-rupanya banyak mesej peribadi berbaur hinaan dan kutukan yang telah diterima oleh Nazim selepas penceraiannya.

Tulis Nazim Othman:-

Tadi ada orang DM I, kemain mesej dia mencerca I. Padahal I kenal dia pun tak. Dia pun tak pernah jumpa I. Jangan jadi orang macam ni tau. Haruslah I fokus dengan kebahagian I, selama ini pun I bekerja keras. Bukan duduk saja-saja terus senang. Orang tak tahu apa-apa sibuk nak membawang manakala hidup sendiri ke laut dalam

Kan! Macam diaorang pulak yang bercerai. Baik diaorang jaga famili sendiri. We never know what will happen. Manusia ni ramai sibuk nak melaran fizikal masing-masing, tapi hati ya ampun hanya tuhan yang tahu betapa penuh kehinaan. I tak sedih cuma tak paham dengan manusia yangs uka menyibuk hal orang.

nazim

nazim

Biasalah bila dah menjadi selebriti, semua benda pun ingin dikorek dan diketahui oleh para peminat. Itulah harga yang perlu dibayar untuk menjadi popular. Tapi kadangkala peminat nie pun over semacam jugak. Janganlah sampai nak kutuk-kutuk di laman sosial. Artis juga manusia yang punya hati dan perasaan. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...