“Orang Tak Makan Food Yang Cef Kurus Masak!” – Tayang Video Di Gim, Fazley Yaakob Dah Penat Kena ‘Bodyshaming’

Hiburan

“Orang Tak Makan Food Yang Cef Kurus Masak!” – Tayang Video Di Gim, Fazley Yaakob Dah Penat Kena ‘Bodyshaming’

Cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob meluahkan rasa kesal apabila dia sering menerima komen berbaur ‘bodyshaming’ daripada netizen di media sosial.

Kata Fazley, dia pernah menerima kritikan dan juga kutukan mengenai bentuk badannya oleh hampir semua lapisan masyarakat malah rakan daripada satu industri.

Advertisement

Cerita penyanyi dan bekas peserta program nyanyian Gegar Vaganza ini lagi, rakan-rakan cef ada memberi komen mengenai saiz badannya yang agak kurus kerana sering melakukan aktiviti fizikal seperti larian dan joging.

Ada juga kalangan rakan-rakan cef yang tegur “kau kurus sangat bhai, orang tak makan makanan yang cef kurus masak.”

Kata rakannya itu lagi, ramai pelanggan lebih memilih untuk tidak makan makanan yang dibuat oleh golongan cef yang kurus.

Difahamkan, Cef Fazley kini sedang dalam usaha untuk membesarkan badan dan mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan aktiviti muaythai, badminton dan juga pergi ke gimnasium.

Meskipun begitu, Fazley berasa kesal dengan sikap sesetengah individu yang bermulut lancang dan mengatakan dia sudah berisi dan gemuk.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Neelofa
2 years ago

"Jatuhkan Martabat Wanita Islam" - Pandangan Neelofa Terlalu ‘Memukau’, Ada Netizen Persoal Tujuan Berniqab?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...