“Orang Tak Kena, Takkan Faham”- Warganet Setuju Dewan Rakyat Perkenal Cuti Haid Untuk Kaum Wanita

Kehidupan

“Orang Tak Kena, Takkan Faham”- Warganet Setuju Dewan Rakyat Perkenal Cuti Haid Untuk Kaum Wanita

Baru-baru ini pelakon Fizo Omar berkongsikan tentang cuti haid yang diperkenalkan di dewan rakyat melalui entri di Instagram miliknya bertanyakan pendapat orang ramai berkenaan perkara tersebut.

Ramai yang memberikan pendapat berbeza-beza berkenaan perkenalan cuti haid berikut.

Advertisement

Menerusi satu tweet oleh seorang pengguna, dia bersetuju dengan cuti yang diperkenalkan kerana setiap wanita mempunyai tahap sakit senggugut yang berlainan.

Dalam ciapannya itu, dia turut menegaskan bahawa ada antara kalangan wanita yang tidak boleh bangun dan kekejangan semasa waktu haid.

Selain itu, dia juga merasakan bahawa cuti tersebut tidak ada kena mengena dengan cuti umum kerana kebiasaannya kesakitan yang dialami tidak akan mencecah seminggu.

Tweet tersebut rata-ratanya mendapat sokongan ramai warganet kerana majoriti mempunyai pengalaman bekerja yang teruk semasa datang bulan.

“Orang yang tak kena, takkan faham” tulis seorang netizen di ruangan komen Instagram milik pelakon itu.

Namun begitu, ada juga individu yang tidak bersetuju dengan cuti yang diperkenalkan kerana menurutnya negara Malaysia terlampau banyak cuti umum.

Walau apa pun, lebih baik duduk di rumah jika tidak sihat berbanding datang ke pejabat tetapi tidak produktif. Jadi renung-renungkanlah…

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dengkur
5 bulan lalu

(VIDEO) "Letih La Hari-Hari Macam Ni" - Wanita Tak Boleh Tidur Malam, Pesakit Katil Sebelah Berdengkur Kuat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Mc kan ada

    July 22, 2022 at 11:18 am

    Alahai.. gurlsss yg kemain suka sokong tu, kalau u bukan government staff, takyah happy sgt tau. Sbb benda2 camni i.e; cuti period, kerja 4days a week selalu cuma utk golongan mereka saja. Plus, yeah.. ada je kan mc yg mmg comp allocate kalau sakit. So kalau betul2 period pain yg unbearable, boleh je minta mc. Oh i girl yang suffer period pain. Kang nanti ada kecam ingat i xfaham sbb xrasa.. huhu

  2. hakak

    July 22, 2022 at 11:07 am

    sebagai pompuan, hakak tak setuju dgn cadangan ni.. brp hari nak bagi cuti sakit tu.. sehari? 2 hari? seminggu? kan boleh je makan ubat.. abis kalau yg tak sakit time period pun cuti jugak ke.. kalau betul la camni, mmg company2 akan ambik staf lelaki je keje.. kalau ada sepuluh staf pompuan, dan ada yg period serentak, sape nak take over keje dia.. dah la keadaan ekonomi teruk, nak kena bayar ot lg utk staf yg cover keje staf yg cuti..

  3. Anonymous

    July 22, 2022 at 12:14 am

    mnde boleh mkn ubat, knp nk ada special off day?? MC ada, annual leave pun ada

    bygkan kalau rakan sekerja korg yg sakit backpain, sebulan sekali nk cuti. yg slipdisk, sebulan sekali nk cuti. ni semua sakit2 yg lg kritikal dari menstrual. bkn sebulan sekali je, tiap2 hari sakit. so korg rasa cemana? nk cover keje2 org tu?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...