“Orang Tak Boleh Plagiat Jiwa Sesuatu Jenama” – El Azman Syukur Jualan Catat RM250 Juta Di Sebalik Kontroversi Samping Keris

Kehidupan

“Orang Tak Boleh Plagiat Jiwa Sesuatu Jenama” – El Azman Syukur Jualan Catat RM250 Juta Di Sebalik Kontroversi Samping Keris

Pengasas jenama Elrah, El Azman mengucapkan rasa syukur kerana jualannya meningkat pada tahun ini meskipun perniagaannya dilanda kontroversi plagiat baru-baru ini.

Ujar El, meskipun kontroversi itu ada menjejaskan sedikit jenama dan juga namanya, namun ia tidak memberi sebarang kesan kepada statistik jualan.

Advertisement

Dalam dunia bisnes, bila kita besar, kita akan diuji. Tuduhan plagiat boleh merosakkan reputasi jika tidak ditangani dengan baik.

Tapi satu benda yang orang tak boleh plagiat jiwa jenama. Rekaan boleh ditiru, warna boleh disalin, tapi nilai, kepercayaan pelanggan membezakan yang asli dan yang tiruan.

Namun selepas perkara itu tular, ia tak menjejaskan jualan kami. Sebaliknya jualan kami meningkat naik. Alhamdulillah syukur meskipun di hujung Ramadan ni.

Dia juga turut memaklumkan target jualan sebanyak RM250 juta juga telah berjaya dicapai.

Jelas El, peningkatan hasil jualan juga didorong oleh pengambilan Roadtang dan Tawanchay sebagai duta sekaligus memberi kesan baik kepada jenamanya itu.

Terdahulu, pempengaruh Tyra Kamaruzzaman mendakwa samping dengan corak keris milik susur galur suaminya yang juga pereka fesyen Emran Rijal telah diciplak Elrah Exclusive.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Elrah balas kenyataan Tyra
5 days ago

“Motif Keris Bukan Hak Eksklusif Individu, Dakwaan Tak Berasas” - El Azman Balas ‘Statement’ Tiru Rekaan Suami Tyra Kamaruzzaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...