Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Orang Tahu Bercakap Je, Nampak Macam Senang Kan” – Raja Afiq Akui Kahwin Tak Mudah

Mengakui mendirikan rumah tangga adalah merupakan perkara yang bukan mudah apatah lagi perbezaan jarak usia lima dengan isterinya Soffwany Yusoff, pelakon Raja Afiq mendedahkan hanya mereka berdua sahaja yang menyimpan kisah tersirat.

"Orang Tahu Bercakap Je, Nampak Macam Senang Kan" - Raja Afiq Akui Kahwin Tak Mudah

Advertisement

Bagaimanapun, beliau juga tidak menafikan bahawa ramai dalam kalangan pengikutnya yang melihat perkahwinan mereka berlangsung tenang.

“Rasa macam tak percaya saja yang kita dah kahwin kan. Mesti orang lain nampak macam senang saja kan… hanya kita berdua saja yang tahu macam mana kan. Orang tahu bercakap saja tapi tak apalah cakap orang tu semua tak penting… yang penting sekarang ni kita dah halal.”

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya kerana sudi menerima beliau yang serba kekurangan sebagai suami.

"Orang Tahu Bercakap Je, Nampak Macam Senang Kan" - Raja Afiq Akui Kahwin Tak Mudah

“Apa pun husband nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima husband yang banyak kekurangan ini. Semoga jodoh kita sampai jannah dan cinta kita kekal sampai bila-bila aminn. Satu saja husband nak cakap I love you so much.”

Advertisement

Kisah itu diluahkan Afie menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, malah beliau juga tidak ketinggalan berkongsi video koleksi gambar serta rakaman mereka ketika awal perkenalan sehingga berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.

"Orang Tahu Bercakap Je, Nampak Macam Senang Kan" - Raja Afiq Akui Kahwin Tak Mudah

Terdahulu, Afiq dan Soffwany yang juga seorang anggota polis telah selamat berkahwin pada 19 September lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    October 1, 2020 at 9:35 am

    hmm. nampak tuanye sbb softwany ni punye pesen pon pesen tuaa (mane emoji gelak nanges xde huhu)

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top