Susulan isu kontroversi tentang kisah rumah tangga Alif Teega dan isteri pertamanya Aisyah Hijanah dan isteri kedua, Fatin Umaidah, kini tampil seorang individu yang mengakui bahawa gambar dan video Alif serta Fatin yang sempat tular itu sebenarnya telah disengajakan.
Menurut individu yang digelar Cikgu Wan ini, Fatin dianggap play victim dalam situasi sekarang kerana telah dianiaya oleh sesetengah pihak yang menularkan video tersebut. Namun Cikgu Wan yang difahamkan merupakan abang iparnya, tidak mahu orang ramai termakan dengan lakonan Fatin ini.
Bukan aku tak boleh baca orang spesis kau ni akan putar belit cerita.
Macam mana gambar dan video boleh tersebar di umum sedangkan hanya kau seorang yang simpan.
Katanya dalam sebuah hantaran di TikTok, dirinya menganggap apa yang telah tular sebelum itu memang disengajakan oleh isteri kedua Alif ini atas sebab iri hati ketika Alif dan Aisyah sedang bercuti bersama di Langkawi.
Pada masa yang sama, menurutnya, Fatin sakit hati apabila tiada sebarang respon yang diberi oleh Aisyah yang menunjukkan dirinya marah. Oleh itu, dirinya lebih tidak puas hati kerana pada waktu yang sama dirinya teruk dikecam oleh netizen, madunya itu kelihatan sentiasa tersenyum dan disokong oleh orang ramai.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.