“Orang Sabah Sikit-Sikit Nak Viral” – Dihina Miskin, Veveonah Tampil Sekolahkan Netizen

Trending

“Orang Sabah Sikit-Sikit Nak Viral” – Dihina Miskin, Veveonah Tampil Sekolahkan Netizen

Siapa tidak kenal dengan gadis yang berasal dari Sabah, Veveonah Mosibin, yang sebelum ini pernah tular di pelusuk media sosial mengenai kisahnya yang sanggup bermalam seharian di atas pokok semata-mata untuk menjawab peperiksaan online.

“Orang Sabah Sikit-Sikit Nak Viral” – Dihina Miskin, Veveonah Tampil Sekolahkan Netizen

Advertisement

Tidak kurang juga, semangat anak jati Kampung Pitas, Sabah ini turut pernah ‘dibawa’ ke parlimen hingga mencetuskan pelbagai respon berbeza daripada pihak-pihak berautoriti.

Terbaru, Veveonah dikhabarkan kecewa apabila beliau kini bagai tidak terlepas menjadi mangsa buli siber selepas dirinya bertindak memuat naik satu gambar tangkap layar (screenshot) di laman Facebook miliknya yang memaparkan satu komen yang terkandung kata-kata berbaur hinaan terhadapnya.

Lebih mengejutkan, individu tidak bertanggungjawab itu turut menyifatkan gadis itu sebagai miskin dan hanya mahu meraih simpati masyarakat dengan memaparkan kepayahan hidupnya.

“Orang Sabah Sikit-Sikit Nak Viral” – Dihina Miskin, Veveonah Tampil Sekolahkan Netizen

Veveonah di dalam kapsyennya menulis, meluahkan rasa kecewa terhadap gejala buli siber dan merasakan golongan pembuli ini yang sebenarnya mempunyai masalah.

Saya terbangun dengan notifikasi ini. Tolonglah, hentikan buli siber. Jangan suka menghukum. Jangan menyebarkan kebencian.

“Orang Sabah Sikit-Sikit Nak Viral” – Dihina Miskin, Veveonah Tampil Sekolahkan Netizen

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dilihat tetap memberikan semangat kepadanya agar tidak mudah putus semangat hanya kerana komen seperti itu. Malah wujud juga segelintir pihak yang tampil mempertahankan gadis tersebut agar sentiasa kuat mengharungi segala ujian yang menimpa dirinya.

Sumber : Veveonah Mosibin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...