“Orang Ramai Diminta Bersedia, Hadapi Musim Panas Sehingga September” – MetMalaysia

Trending

“Orang Ramai Diminta Bersedia, Hadapi Musim Panas Sehingga September” – MetMalaysia

met-malaysia_600Jabatan Meteorologi memaklumkan cuaca panas hingga September ini adalah disebabkan angin Monsun Barat Daya bukan El-Nino.

Sumber Jabatan Meteorologi itu berkata, fenomena cuaca panas berbeza dengan El Nino yang dijangka berlaku sehingga Jun ini.

Advertisement

“Angin Monsun Barat Daya yang biasanya membawa cuaca panas hingga ke September. Tapi yang El Nino sampai Jun sahaja. Orang ramai perlu dididik bahawa ia adalah musim kering di negara kita,” katanya, lapor Free Malaysia Today hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Malay Mail Online yang menyatakan kerajaan telah memberi amaran bahawa musim kemarau dan panas boleh menjangkau sehingga September dan akan menyebabkan masalah kekurangan bekalan air, meningkatkan kebakaran hutan serta jerebu teruk.

Dalam pada itu, sumber daripada Jabatan Meteorologi turut menggesa agar orang ramai supaya bersedia menghadapi musim kering disebabkan angin Monsun Barat Daya itu.

“Sebab bila kering, tiada hujan akan menyebabkan masalah lain iaitu kekurangan air. Kemungkinan juga ada jerebu tempatan dan bukan tempatan,” katanya lagi.

Monsun barat daya biasanya bermula pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan tamat pada akhir September dan angin pada amnya dari arah barat daya dengan kelajuan yang lemah, iaitu di bawah 15 knot.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.