Berhubung pelaksanaan sekatan lebih ketat bagi sektor ekonomi dan sosial, kerajaan menetapkan tempoh masa pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat membeli-belah dihadkan hanya dua jam sahaja, lapor Kosmo.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, had jumlah pelanggan di premis-premis berkenaan dalam satu masa diwajibkan mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu orang untuk setiap empat meter persegi.
![](https://amazingnara.com/wp-content/uploads/2021/05/shutterstock_716011636-e1621750233859.jpg)
Gambar Hiasan
“Untuk makluman, waktu operasi sektor perdagangan pengedaran termasuk semua premis peruncitan, pemborongan, pengedaran dan restoran dihadkan antara 8 pagi hingga 8 malam”
Bagi kedai farmasi dan penjagaan diri kecuali spa dan perkhidmatan penjagaan kuku dikekalkan antara pukul 8 pagi hingga 10 malam.
Pun begitu, had kapasiti pekerja bagi premis peruncitan, pemborongan, pengedaran dan pusat membeli-belah ditetapkan sebanyak 60 peratus.