Semalam pihak polis memaklumkan orang ramai yang ingin bergerak ke negeri lain perlu memaklumkan kepada balai polis berhampiran mereka. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata tindakan itu dikuatkuasakan bermula 12 tengah malam tadi ini selaras pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri.
Oleh kerana itu, orang ramai berpusu-pusu ke balai polis berhampiran untuk mengisi borang bagi mendapat pelepasan untuk ke negeri lain. Malangnya keadaan ini telah membuatkan semua balai polis sesak dikunjungi orang ramai.
Arahan ditarik balik
Keadaan sesak ini bertambah buruk dan boleh meningkatkan risiko penyebaran wabak COVID-19 bertentangan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang cuba dilakukan. Oleh itu, arahan untuk mendapatkan kebenaran jika orang ramai ingin ke negeri lain ditarik balik.
Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini. Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat.
Orang ramai yang berhasrat untuk mengadakan sebarang perjalanan antara negeri tidak perlu mengisi borang buat sementara waktu. Tetapi orang ramai dinasihatkan supaya kurangkan pergerakan dan perjalanan ke negeri lain.
Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini (18 Mac) sehingga 31 Mac merupakan langkah pencegahan yang diumumkan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Semalam, Malaysia telah mencatatkan kematian pertama akibat COVID-19.
Artikel berkaitan: Kementerian kesihatan Umumkan Kematian Pertama COVID-19 Di Malaysia