Beberapa hari lalu, jawapan pedas Fynn Jamal ketika menjawab soalan daripada peminat menerusi ruagan Ask Me Question di Instagram mengundang rasa amarah dan tidak puas hati netizen apabila memberikan jawapan yang dikatakan ‘kurang ajar’ dan tidak munasabah.
Terdahulu, seorang individu bertanyakan kepada beliau apakah langkah yang sepatutnya dilakukan jika seseorang itu sudah penat belajar. Fynn memberikan saranan yang agak mengejutkan agar individu tersebut mati.
Apa yang dikatakan Fynn itu mengundang kecaman netizen yang menganggap beliau mengalakkan orang lain untuk bunuh diri.
Malah, ada juga netizen yang meyindir sikap Fynn yang lancang itu sebagai salah satu punca beliau sehingga kini tidak boleh mendapatkan zuriat sendiri.
Tidak dinafikan pendapat Fynn tentang isu penat belajar boleh pergi mati itu memang salah dan agak kasar bunyinya. Sebagai seorang yang berpengaruh dan mempunyai ramai peminat majoritinya terdiri daripada golongan remaja yang masih belum boleh berfikir dengan lebih matang, Fynn seharusnya menjawab soalan tersebut dengan cara yang lebih berhemah. Apa pula pendapat korang?