“Orang Pakai Masa Futsal, Kau Pakai Buat Jalan..” – Trend Seluar ‘Jorts’ Di Kalangan Gadis Bertudung Semakin Berleluasa Di Media Sosial

Fesyen

“Orang Pakai Masa Futsal, Kau Pakai Buat Jalan..” – Trend Seluar ‘Jorts’ Di Kalangan Gadis Bertudung Semakin Berleluasa Di Media Sosial

Sering dilihat di media sosial anak-anak muda yang memilih untuk ekspresi diri mereka melalui pemakaian. Dari situ, wujudlah mentaliti tentang tiada benar atau salah dalam dunia fesyen. Namun, ia menjadi satu isu ketika ia melibatkan cara pemakaian bagi mereka yang berhijab.

Fesyen ikut trend kini

Tular pula baru-baru ini seorang gadis bertudung yang terlihat mengayakan seluar jeans pendek paras lutut atau dikenali sebagai jorts, bersama stoking panjang yang menutup bahagian kaki hingga lutut dan baju-T berlengan pendek yang oversized.

Advertisement

Sejak tular pengayaan fesyen gadis tersebut, mula timbul pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata tidak setuju dengan trend baru itu.

Sebab tu aku selalu pesan, nak fashion jangan ikut orang sekeliling, takut benda yang orang pakai time futsal, kau pakai buat jalan.

 

Dia pakai tudung dengan seluar pendek, kemudian mention muslimah.

 

Memang ramai kecam, pakaian entah apa-apa. Fesyen makin merepek, yang sokong pun sama je tak ada otak.

jortsSumber : TikTok  

Oleh kerana trend tersebut semakin berleluasa di kalangan gadis bertudung dan tidak mahu lebih ramai terjebak, haruslah difahamkan sebagai umat Islam, hendaklah berpakaian mengikut peraturan yang ditetapkan walaupun dengan fesyen terkini.

Menerusi huraian di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, disenaraikan enam garis panduan dalam berfesyen bagi wanita:

  1. Menutup aurat
  2. Elak dari menutup sebahagian aurat dan membuka sebahagian yang lain.
  3. Tak mengenakan pakaian yang nipis hingga ternampak warna kulit.
  4. Tidak terlalu ketat hingga nampak bentuk badan.
  5. Tidak berhias dan menggunakan wangi-wangian dengan tujuan menarik perhatian lelaki.
  6. Tudung melepasi dada.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

baju raya asing
3 months ago

(VIDEO) "Tak Ke Naya Kami Pembeli" - Jadi 'Trend' Jual Baju & Kain Koleksi Raya Berasingan, Individu Luah Rasa Kesal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...