Orang Nak Jatuhkan Kita Sebab Kita Berada Di atas – Respon Elfira Loy Bila Dikecam Netizen

Hiburan

Orang Nak Jatuhkan Kita Sebab Kita Berada Di atas – Respon Elfira Loy Bila Dikecam Netizen

Tahun ini tidak dinafikan mungkin tahun yang agak mencabar kesabaran Elfira Loy kerana sering dihimpit pelbagai kontroversi dan ditambah pula dengan kecaman netizen terhadap dirinya. Sudahlah isu putus tunang mendapat perhatian dan menimbulkan pelbagai spekulasi liar, baru-baru ini beliau dikatakan sebagai punca Nazim Othman dan Bella Dally bercerai pula.

Advertisement

Tidak mengerti mengapa setiap perkara yang beliau lakukan tahun ini semuanya ibarat tidak kena di mata orang ramai, Elfira bagaimanapun mengakui beliau kini tidak mahu tertekan dan ambil peduli dengan kata-kata negatif netizen.

Tak tahu lah kenapa tahun ini macam semua yang saya buat tak kena di mata orang. Sampaikan saya tertanya-tanya, adakah benda macam ni yang sering dilalui oleh insta-famous dan macam mana mereka boleh hadapinya? Tapi kata orang “Once people talk about you, thats when you are in the great position”. Orang nak jatuhkan kita sebab kita berada di atas, tak mungkin kita berada di bawah orang nak jatuhkan kita, kan?

Saya anggap ia sebagai cabaran sebab lagi saya bercakap benar lagi lah benda itu salah untuk diri saya. Jadi, lebih baik saya diam dan sekarang ni pun saya dah kurang menjawab atau membalas kritikan mereka.

Buat Elfira, beliau tidak mahu dikenali ataupun meraih publisiti disebalik setiap kontroversi yang melanda dirinya. Beliau hanya melakukan kerjanya sebagai seorang selebriti dengan ikhlas dan ingin dikenali sebagai artis dengan imej bersih.

Sumber Berita : Malaysian Digest

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

52 Comments

  1. Anonymous

    May 28, 2018 at 5:00 pm

    perasan

  2. Anonymous

    May 28, 2018 at 3:58 pm

    kejadahan sgt la statement ko el hoiii

  3. minah senget

    May 28, 2018 at 3:44 pm

    ayat artis sendu..
    pokok tak kan bergoyang kalau x dak angin yang goncang cik elfira oii

  4. Anonymous

    May 28, 2018 at 3:40 pm

    sentap aku baca… di atas ???!!!!

  5. Anonymous

    May 28, 2018 at 3:36 pm

    sini ade jual vitamin xbodoh dan vitamin mintak tinggi.

Loading...