Doktor selebriti yang dikenali sebagai Dr Say baru-baru ini membuat perkongsian tentang dirinya yang dituduh sebagai gay kerana pernah memasuki pertandingan badan cantik di Malaysia.
Dalam posting yang dibuat di Instagram, Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin, mengulas lebih lanjut berkenaan kisah silamnya bagi mengelakkan salah faham.
Menurut Dr Say, selepas tamat pengajian di India, dia menyertai empat pertandingan badan cantik di Malaysia, dan memenangi kesemua pertandingan tersebut.
Demi meneruskan kemenangannya, dia memasuki satu lagi pertandingan yang dianggap pertandingan badan cantik kelima melalui sekeping poster tanpa mengetahui bahawa acara itu diadakan di kelab golongan gay.
Dr Say turut menyatakan bahawa dia tidak mengetahui kewujudan kelab sedemikian di negara Malaysia dan hadiah yang ditawarkan sangat lumayan bernilai RM3,000 pada tahun 2014.
Pada waktu itu, Dr Say berjaya memenangi pertandingan berkenaan walaupun terpaksa melakukan persembahan ‘strip dance‘ ala-ala ‘Magic Mike‘.
Bercerita lebih lanjut, perkara itu bukanlah sesuatu yang dibanggakan oleh Dr Say dan wang yang dimenangi dalam pertandingan itu digunakan sebagai duit hantaran perkahwinannya.
Dr Say juga menerangkan yang dia tidak mengendahkan persepsi masyarakat berkaitan orientasi seksualnya kerana apa yang penting adalah isterinya lebih tahu berkaitan hal-hal sedemikian.
Sekadar info, Dr Say telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Azura pada tahun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aezriel dan Sefriel.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah: