Orang Muda Beli Kereta Pertama Pada Tahun 2017, Cukai Eksais Mungkin Dikecualikan.

Trending

Orang Muda Beli Kereta Pertama Pada Tahun 2017, Cukai Eksais Mungkin Dikecualikan.

Generasi muda yang pertama kali membeli kereta mungkin dikecualikan dari cukai eksais menerusi pengumuman Bajet 2017 pada 21 Oktober ini, lapor Sin Chew Daily.

Advertisement

Jika benar langkah itu dilaksanakan, ia bermakna anak muda dapat berjimat sehingga RM2,000 ketika membeli kereta pertama mereka.

Bagaimanapun, akhbar itu difahamkan, pengecualian terbabit hanya terhad kepada model kereta tertentu yang disenaraikan Jabatan Kastam, meliputi kereta nasional dan jenama kereta import,lapor FMT.

Sumber yang dipetik akhbar berbahasa Cina itu percaya, pengecualian itu membabitkan kereta yang mempunyai cc kecil dan mampu dibeli anak muda. Ia juga mungkin kereta yang sama jenis dengan kereta nasional Proton.

Menurut sumber itu, langkah berkenaan dipercayai hanya memanfaatkan kereta nasional dan pemasangan tempatan (CKD), bukannya kereta yang diimport sepenuhnya (CBU).

Ketika ini, kereta nasional, import mahupun CKD akan dikenakan cukai eksais, perbezaannya ialah cukai untuk kereta nasional lebih rendah, contohnya Myvi dikenakan RM400.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...